Wednesday, October 10, 2012

Mesyuarat Jk Pembiayaan dan Kredit

Mesyuarat Jk Pembiayaan dan Kredit telah diadakan pada 9/10/2012 Hari Rabu jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Mesyuarat Zainal Abidin Mohammad tingkat 2 Bangunan Ibu pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Bandar Baharu Pasar Borong Selayang, Batu Cave, Kuala Lumpur.

En. Azih bin Muda mempengerusikan mesyuarat

Mesyuarat di pengerusikan oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad turut sama hadir Tuan Hj. Mohd. Faizi bin Aznam selaku Setiausaha Koperasi, Semua J/kuasa hadir kecuali En. Ramli bin Kalil Bendahari Koperasi KOSPETA diatas urusan pejabat.

En. Pissal bin Abu Penolong Setiausaha
Pengurus bersama Pegawai-Pegawai Kanan

Sebanyak RM 1.5 juta diatas jumlah 86 borang Pinjaman Besar dan Kecemasan, TPTP serta Pinjaman Barangan telah diluluskan. Mesyuarat berakhir pada jam 1.56 petang dan kesemua Lembaga yang hadir menjamu selera bersama-sama Wargakerja ditingkat 3 Dewan makan.

J/Kuasa yang hadir

Sunday, October 7, 2012

Usahasama Projek Perumahan

Seramai 8 orang Ahli Lembaga termasok seorang Pengurus Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad hari ini 06/10/2012  ke Pejabat Dato Hj. Haron bin Hj Hassan Executive Chairman Alam Bersih Group di alamat 76 B Wisma Alam Bersih , Jalan Diplomatik , Presint 15, Putra Jaya, Kuala Lumpur, 

Pejabat Alam Bersih Group

Koperasi KOSPETA yang di ketuai oleh Tuan Hj. Ibrahim bin Talib salah seorang Ahli Lembaga yang dilantik sebagai Pengerusi Projek Tanah di Rembau Negeri sembilan bersama-sama dengan 7 orang Lembaga termasok turut hadir Tuan Hj.Faizi Aznam, Setiausaha dan En. Pissal Abu selaku Penolong Setiausaha Koperasi.

Pertunjukan Slide
Mesyuarat diPengerusikan oleh Dato, Hj. Haron

Perjumpaan dan mesyuarat hari ini adalah sebagai langkah pertama membincang mengenai Projek Usahasama Cadangan Pembangunan di atas Lot 2714, Mukim Kundor, Rembau, Negeri Sembilan. Mesyuarat di Pengerusikan oleh Dato, Hj. Haron bin Hj. Hassan Executive Chairman Alam Bersih Group.

Slide Cadangan Projek
En. Pissal Abu Menunjukan Kedudukan Tanah

Taklimat yang diberikan telah memeklumkan Cadangan Usahasama oleh Teknogaya Diversified Sdn Bhd (atau SPV) berperanan sebagai Pemaju dan pihak Koperasi berperanan sebagai pemilik tanah. semua kos pembangunan projek dibiayai oleh pemaju.

Bersama Darto, Hj. Haron dan Pegawainya

Banyak perkara-perkara asas diperingkat awal dipersetujui didalam perbincangan tersebut dan setelah kedua-dua pihak berbincang dengan panjang lebar dan satu lagi perjumpaan akan disusuli selepas  ini setelah siap deraf rangka perjanjian ini kelak. 

En. Saleem tengok udang besar
Besarnya udang Tuan Haji Faizi

Sebelum perjumpaan diadakan jam 3.00 petang kami semuanya singgah di Masjid Putrajaya Solat Zohor dan kemudian kami turun ke bawah untuk makan tengahari, kami kena nasi kandar hai masa pula time makan apa lagi kawan-kawan pula tengok udang besar, ketam besar masing-masing beratur la ada yang minta nasi putih ada pula yang minta nasi kandar. Selepas makan kami pergi ke kaunter tanya berapa jumlah kesemuanya alahai baru RM 188.00 sahaja untuk 9 orang masih murahkan harga Putrajaya katakan.

Hai Puan Maria udang besar tu

Saturday, October 6, 2012

Mesyuarat Jawatankuasa 3P

Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan, Penyelidikan dan Penerbitan (3P) yang pertama telah diadakan  pada hari ini 06/10/2012 bertempat di Dewan Zainal Abidin bin Mohammad, tingkat 3, Bangunan Koperasi KOSPETA Malaysai Berhad, KM 10 Bandar Baru Selayang, Batu Cave, Kuala Lumpur.

Sdr. Pissal Abu mempengerusikan mesyuarat

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Pissal bin Abu selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penyelidikan dan Penerbitan (3P) dihadiri oleh semua jawatankuasanya. Mesyuarat yang berjalan selama 3 jam telah membincang banyak perkara termasok mengadakan Program Seminar, Kursus, Kursus atau Seminar bersama ANULAE, Kursus Wargakerja di Cameron Highland dan Kursus-kursus Wajib untuk Ahli Lembaga Koperasi.

Suasana Mesyuarat

Sebanyak 4 distinasi lawatan sambil belajar dipilih untuk ahli-ahli yang ingin menyertainya iaitu Beijing, Cina, Phnompenh, Combodia,  Bandung, Indonesia dan Hon Chin Min, Vietnam. Borang-borang penyertaan akan dikeluarkan sedikit masa lagi.

Jawatankuasa yang hadir

Perkara-perkara yang tidak sempat dibincangkan didalam mesyuarat tersebut akan dibincangkan semula dimesyuarat ke 2 pada 10/11/2012 di Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Cawangan Alor Setar, Kedah. 

Friday, October 5, 2012

Lawatan ke Sangkar Ikan

Keadaan cuaca hari ini 4/10/2012 di Kuala Kangsar amat baik saya bersama Mr. Kalai Pengarah Projek Ikan Air Tawar Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad membuat lawatan ke tapak tersebut pada pagi ini dan didapati keadaan sekeliling amat baik.

Sangkar Pertama
Mr. Kalai Pengarah Projek

Selepas berlakunya hujan labat sehingga air disungai melimpah ke tebing dengan kederasan air mengalir ke hulu membawa segala reba kayu dan sebagainnya membuat sangkar ikan dilanda oleh reba-reba tersebut sehingga ada jaring-jaring yang terkoyak dan rosak.

Sangkar ke 2
Check Size Ikan

Banyak ikan-ikan yang ada didalam sangkar lari keluar dari jaring yang terkoyak, setelah keadaan sungai menjadi tenang ikan-ikan yang lari keluar dari sangkar kembali ke sangkar tetapi ada diluar sangkar, semasa pekerja memberi makanan ikan, ikan-ikan diluar sangkar turut memakan makanan ikan yang ditabur.

Pissal Abu Pegawai Pemantau
Sebahagian dari Ikan ternakan

Dua sangkar ikan sudah dikenal pasti dengan kapasiti melebihi 1 tan bakal dipasarkan kepada Persatuan Nekmat dalam sedikit masa lagi. 

Saturday, September 29, 2012

Bagaimana Perjalanan Yang Selamat ke Clark, Philipine

Sekiranya ada mana-mana kawan-kawan yang berhajat hendak pergi ke Clark, Philipine sama ada persaorangan atau berkawan dengan lebih selamat atas pengelaman saya jika ada yang membaca blog saya ikutlah beberapa nasihat dan jadikan penulisan ini sebagai panduan ke sana.


Apabila sampai di Airport setelah selesai cop pasport kita terus mendapatkan teksi untuk kemana-mana hotel pilihan kita dan saya cadangkan Tune Hotel ianya berhampiran dengan airport lebih kurang 1.5 km sahaja, harganya biasa sajalah jauh lebih murah dari hotel-hotel yang lain. Hotel banyak tapi harga hotel disana terlalu tinggi mencecah kepada RM 120 kepada 450.00 untuk 1 malam.

Money Changer

Pertukaran wang boleh ditukar di airport dengan kadar RM 80.00 kepada Peso 1,000.00 atau lebih mudah tukar dari money changer di Negara kita sendiri. Tukaran peso mintalah wang kecil supaya senang kita beberlanja, jika guna peso besar nanti katanya tiada wang kecil dan terus mereka pergi.

Jeepney

Dari segi makan memang susah sikit dia hanya ada 1 atau 3 tempat sahaja itu pun kedai makan kepunyaan Pak Arab, Nak makan kita kena kenal pasti dulu kedai kemudian kita naik motor atau Jeepney (Jenis Jeep). Perbelanjaan menaiki Jeepney hanya sekitar 20 Peso untuk 1 laluan RM 2.00. Jika menaiki motor minta bantuan Security hotel tolong panggil dan jangan kita pandai-pandai naik sebarang motor yang lalu lalang di hadapan hotel kita, kerana mereka ini akan caj harga yang bukan-bukan kerana kita pelancong.

Motor

Jika kita hendak bershoping sama ada berjalan sendirian hendaklah jaga beg duit kita dan jika boleh wang jangan letak kesemua didalam beg simpanlah dimana-mana poket seluar, sekiranya kita dihampiri oleh mana-mana orang yang hendak menolong kita harus waspada mereka ini kebanyakan peyelok saku caranya seorang buat-buat bertanya dengan kita dan rakanya seorang lagi cuba menyelok poket kita dengan cara kita tidak sedar.

Salah 1 Kedai Makan Islam di Walking Street

Jika berkunjung ke kelab malam terutama kawan-kawan yang minum berhati-hatilah kerana disetiap kelab malam semuanya ada gengster mereka ini sentiasa menunggu orang-orang kita yang mabuk membuat kesilapan, ada beberapa kes yang telah berlaku yang di beritahu oleh beberapa orang rakan kita yang pernah berkunjung beberapa kali ke sana memberitahu jika kita melakukan kesilapan kerana kita mabuk tidak sedar apa yang kita buat mereka akan denda orang-orang kita dengan tebusan wang malaysia RM 500.00 hinggalah ke RM 1,000.00.

Bersama Security

Saya berharap dengan penulisan ini jika tuan-tuan dan puan-puan terbaca dan jika ingin ke mana-mana sahaja di luar negara khususnya di Clark, Philipine jadikanlah ia sebagai satu panduan. Apa-apa pun terserah diatas kebijaksanaan kita. Kerana banyak perjalanan luas pandangan serta pengelaman.

Friday, September 28, 2012

Bandaraya Manila

Hari ke 2 28/09/2012 selepas sarapan pagi saya bersama En. Azih Muda menaiki teksi yang di sewa khas untuk tempoh 12 jam dari pagi hingga ke malam menuju ke Bandaraya Manila dengan harga Peso 450.00 (RM 360.00), dari Clark ke Manila sejauh lebih kurang 105 km perjalanan memakan masa selama 1 jam lebih melalui Lebuhraya.

Tingkat 3 Galaxy Hotel
Menaiki Kereta Sewa

Pemandu teksi cukup peramah dan boleh bertutur dalam bahasa inggeris jadi mudahlah kami berinterasi, semasa perjalan masuk ke Bandaraya Manila disebelah timur kami melalui Bandar Lama aduh betapa kotor dan busuknya bandar tersebut berbanding kepadatan penduduk disitu yang menjangkau kepada seramai 30 juta orang.

Keadaan Pekan Yang Kotor

Jika hendak dibanding dengan Malaysia jauh lebih berbedza dari landskapnya khusus dalam pembersihan dalam Bandar yang menyebabkan bangunan-bangunan tidak teratur sampah dimerata tempat tiada tong sampah dipinggir jalan serta perparitan banyak tersumbat, kebetulan semasa kami masuk ke Bandar tersebut hujan turun dengan lebat menyebabkan berlaku banjir disetengah jalan dan keadaan jalan teramat sesak.

Sebahagiam dari Bangunan Tinggi
Gambar Clark & Manila

Setelah melalui Bandar Lama maka kami sampailah di Bandaaraya Manila sebenar, wauuu cantiknya walaupun bangunan pencakar langit tidak banyak masih dalam fasa perlaksanaan  disekeliling Bandaraya tersebut khususnya dapat dilihat banyak bangunan-bangunan pencakar langit dibina di tepi pantai.

Restoran Kosmir
Jenis makanan yang dihidang 

Dalam perjalanan kami memberitahu pemandu ke restoran makanan halal dan dibawa kami ke Kosmir Restauran yang terletak di tengah-tengah Bandaraya tersebut. Makanan yang disediakan begitu lazat sesuai dengan selera kita selepas makan kami dibawa ke Padang Merdeka (Tugu Peringatan) disitu ramai pelancong Landskapnya amat menarik berhadapan dengan Pantai Laut Cina.

Video Perjalanan ke Manila

Keadaan pantai amat kotor banyak reba-reba serta sampah yang dihanyutkan oleh ombak terkumpul ditepi pantai. Pantai tersebut sedang diusahakan oleh pemaju dengan menambun batu-batu besar sebagai menahan pukulan ombak.

Video Perjalanan balik ke Clark

Thursday, September 27, 2012

Clark, Philipine

Selepas saya melawat Phnopem, Cambodia, hari ini 27-29/09/2012 saya bersama En. Azih Muda berlepas ke Clark, Philipine selama 3 hari 2 malam dengan mengunakan penerbangan murah AirAsia. Jam 7.50 malam kami berlepas dari LCCT Kuala Lumpur ke Clark Philipine jangkaan mula saya hanya 1.45 minit rupanya 3.45 minit sampai di Diosdado Macapagal, International Airport jam 11.50 malam.

Menunggu Penerbangan
Pesawat AirAsia Philipine

Sebelum pergi saya sudah membuat penempahan di Galaxy Hotel melalui internet dengan harga sebilik Peso 2,500 (RM 200.00) satu malam untuk selama 2 malam, sampainya kami kereta hotel sudah sedia menunggu diruang menunggu oleh pemandunya dengan memegang sekeping kertas dengan perkataan MR. PISSAL.

Kereta Hotel
Galaxy Hotel

Dari airport untuk ke hotel tidak jauh lebih kurang dalam lingkungan 5 atau 6 KM sahaja, sampainya di hotel Galaxy wau ramainya manusia rupa-rupanya disekeliling hotel yang kami menginap kesemunya PUB maka ramailah mat-mat saleh di situ, bekas jajahan amerika katakan. Didepan hotel pekerja-pekerjanya datang mengambil beg-beg kami dengan dibantu oleh Pegawai Security, Bilik kami tingkat 3 ditengah hotel ground floor ada kolam mandi.

Receiption
Bilik Hotel

Selepas checkin kami mandi dan sembahyang kemudian kami turun ke bawah dan apa yang kami cari Nasi La perut sudah keroncong, sebelum kami keluar dari hotel Pegawai Security memesan kepada kami supaya berjalan tidak bersaorangan dan sentisa menjaga beg duit dan jangan melayani siapa jua yang berpura-berpura hendak membantu termasok pengemis. jalan punya jalan ke sana sini terjumpalah satu kedai Pak Arab dengan tulisan arab dan ada kalimah Allah Muhamad tergantong dibelakang kaunter duitnya lega rasanya kami. Apa lagi kena Nasi Briani Arab la, aduhhhh sedapnya.

Kedai Nasi Pak Arab

Selepas makan malam kami kembali ke hotel dan duduk bersantai dimeja panjang bersama-sama dengan mat-mat saleh melihat orang ramai lalu lalang dengan aktiviti-aktiviti mereka disekitar kawasan tersebut.

Walking Steret
Video Hari Pertama di Clark