Friday, October 22, 2010

Gotong Royong Membina Dewan

Rukun Tetangga Taman Utama sebagai Taman Model Idaman telah melangkah setapak kedepan dengan membina sendiri Dewan Pelbagai Guna hasil dari sumbangan orang ramai untuk dijadikan Pusat kegiatan RT, Balai Rondaan dan sebagainya khusus untuk penduduk-penduduk diTaman tersebut.

Dewan yang sedang dibina
Salah seorang AJK sedang memaku kayu

Komitmen yang ditunjuk oleh Ahli Jawatankuasa RT boleh diberi sekalung TAHNIAH kerana demi perpaduan penduduk serta mengadakan program mereka sanggup menerima bebanan ini.

Ramai AJK terlibat sedang bergotong royong
2 orang AJK sedang gergaji kayu
En.Pissal salah seorang penduduk turut membantu
Cik Maria dari Akhbar Sinar sedang membuat liputan

Kerja-kerja pembinaan ini berjaya oleh kerana ramai diantara AJK itu sendiri mempunyai bakat dari segi pembinaan dan sebagainya.  Bukanya mudah untuk mencapai impian jika diantara mereka tidak bersatu dan tidak bersungguh-sungguh.



No comments:

Post a Comment