Monday, October 11, 2010

Persidangan Perwakilan ANULAE Semenanjung Malaysia

TAHNIAH, sebagai Mantan Naib Presiden 1 Anulae Semenanjung Malaysia saya amat merasa bangga setiap kali Persidangan Perwakilan Anulae diadakan sentiasa mendapat liputan, kerajasama serta perhatian dari Menteri, Ketua-ketua Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia.

Pengelaman saya  selama 30 tahun  bersama ANULAE  dan  disaat-saat  akhir  persaraan  amat  terasa sedih sekali hendak meninggalkan kawan-kawan yang masih meneruskan perjuangan mereka untuk kebajikan seluroh pekerja-pekerja diPihak Berkuasa Tempatan sama ada mereka menjadi ahli kesatuan atau tidak.

Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2009 bersekali dengan Persidangan Perwakilan ANULAE Semenanjung Malaysia kali ke 23 telah diadakan pada 29-30/11/2009 bertempat diPusat Konvensyen CIDB Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri serta dihaziri oleh seramai 2,000 peserta diseluroh Semenanjung Malaysia amat berjaya sekali serta mendapat pujian daripada En. Omar, Presiden Cuepacs, pemimpim kerajaan serta lain-lain Ngo yang hazir pada hari tersebut.

Tempat Persidangan diadakan
Kanan En.Ramli Kalil, Bendahari, Kiri En. Aziz Muda, Presiden 
E.Pissal sedang menerang mengenai environment Idaman
kepada Dato; Hj. Md.Haji................. denagan disaksikan
oleh En. Mohd. Omar, Presiedn Cuepacs

Semat bunga di baju En. Aziz bin Muda, Presiden ANULAE

Paling amat terasa sekali semasa majlis penyampaiaan cederamata kepada mantan-mantan pemimpim kesatauan  ANULAE yang telah bersara.  Saya amat terharu apabila Pengerusi majlis membaca data-data dan nostlogia diri saya kepada Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri serta didengari keselurohan pemimpin dan perwakilan yang hazir pada hari tersebut. Terima kasih yng teramat sangat serta disanjung tinggi diatas Penganugerahan pada hari tersebut, sesungguhnya ianya amat bermakna bagi saya serta menjadi kenangan sehingga ke akhir hayat. 


Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji. Mohd. Yassin
duduk ditengah disebelah kananya En.Aziz Muda, Presiden ANULAE
Peserta Konvensyen dan Perwakilan

Perwakilan dari Kedah Utara
Tetamu Kehormat dan barisan Exco ANULAE
Cederamata kepada Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri
Sidang akhbar
Jamuan Makan

Inilah satu-satunya kenangan indah yang tidak dapat saya lupakan dalam sepanjang hayat bukanya semudah itu nak berjumpa dan menguruskanya majlis atau program yang semacam ini, bagi Pemimpim-pemimpim Tertinggi ANULAE termasok barisan Exconya yang mempunyai pengelaman Luas bagi mereka perkara ini biasa saja.
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH 
TERUSKAN AJENDA PERJUANGAN ANDA SEMOGA BERJAYA 




No comments:

Post a Comment