Saturday, December 18, 2010

Lawatan Ke Tanjong Balai

Setelah selesai majlis penerangan dan taklimat kepada pekerja-pekerja SWM dan beberapa ALK bersama keluarga pergi ke Tanjung Balai, Indonesia.

Perjalanan dari Pontian nak ke Kukup mengambil masa lebih kurang 30 minit, kami dapat tiket Feri yang terakhir pada jam 5.00 petang dengan kadar harga RM 100 setiap seorang untuk pergi dan balik. Feri yang boleh diisi seramai 100 orang didapati agak lenggang kerana mungkin mereka dah bertolak dari awal pagi lagi.

Imirgersen Kukup, Johor
Menaiki Feri

Sesampainya dijeti seperti biasa kami berbaris untuk cop pasport dan setelah selesai diluar sana ejen dari Hotel Paragon tempat kami menginap sudah menunggu dengan kenderaan untuk membawa kami semua Hotel.

Feri Menghampiri Jeti
Dari Kukup ke Tanjong Balai
Jabatan Imigrisen Tanjong Balai, Indonesia

Selepas kami checkin tepat jam 8.00 malam waktu malaysia kami semua keluar untuk menikmati makan malam di Restoran Seafood yang terletak tidak jauh dari hotel kami.  

Keesokan harinya disebelah pagi kami ke kedai makanan yang popular disana iaitu Asam Pedas, huuuuh sungguh menyelerakan sedapnya hingga tidak terkata kerana Ikanya yang berbagai jenis dan segar-segar belaka.

Haji Faizi sekeluarga sedang memilih ikan
Hai selera nampaknya

Selepas makan kami semua mulalah bershopping dikedai-kedai yang baru dibuka oleh peniaga-peniaga disitu ianya terletak bersebelahan dengan Hotel kami menginap.

Salah sebuah kedai pakaian
Hai shopping sakan nampaknya
Perjalanan ke Tanjong Balai



    

No comments:

Post a Comment