Wednesday, December 22, 2010

TAHNIAH Pada Hj Omar dan Azih

Konvensyen Tritahunan ke 25 Cuepacs pada 21-22/12/2010 diDewan Tunku Canselor Universiti Melaya, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia telah selesai diadakan.

Majlis Perasmian Konvensven Tritahunan

Konvensyen kali ini cukup hebat rebutan jawatan perkara biasa yang mana menyaksikan Jawatan Tertinggi dari Jawatan Presiden hingga ke Pengerusi-pengerusi Gred dipertandingkan. Masing-masing mengunakan stratigi dengan memperkenalkan calon-calonya dalam pelbagai bentuk.

Namun begitu apa sekali pun berlaku didalam kempen mengempen masing-masing berjanji kononnya dengan muka baru yang diperkenalkan akan membuat kelainan lain dari yang lain dari pemimpin yang lama.  Tambah lagi dengan pengitiharan Perdana Menteri menambah Geran Tahunan Cuepacs dari 1 juta kepada 2 juta peruntukan yang paling besar untuk Kesatuan Sekerja telah menaikan semangat mereka untuk bertanding.

PM sedang berucap diMajlis Perasmian
Tuan Haji Omar Osman Presiden Cuepacs
Sdr. Aziz Muda, Presiden ANULAE

Jesteru itu para perwakilan seramai 1,426 orang dari pelbagai kesatuan yang bergabung dengan Cuepacs tidak lupa akan jasa pemimpin-pemimpi lama yang memperjuangkan secara lantang dengan tidak ada kepentingan peribadi demi untuk ahli-ahli Cuepacs maka mereka telah membuat keputusan dengan memilih semuala Tuan Haji Omar Osman sebagai Presiden Cuepacs dengan undi terbanyak meninggalkan lawanya dengan mendapat undi yang sedikit iaitu 156 undi manakala Tuan Haji Omar Osman mendapat 815 undi. 

Perwakilan dari ANULAE dan sebahagianya

Jawatan Timbalan Presiden Cuepacs menyaksikan pertandingan 5 penjuru, manakala Sdra. Azih Muda, merangkap Presidan ANULAE Semenanjung Malaysia mempertahankan jawatanya yang disandangnya, namum begitu dengan semangat juang yang ditunjukan beliau tidak mengenal erti penat dan tidak kira masa dan sebagainya serta tidak banyak berkempen ternyata sudah boleh menarik nafas yang panjang kerana para perwakilan telah sekali lagi memilih dan memberi kepercayaan pada beliau untuk meneruskan perjuangan kesatuan dengan mendapat undi 754 yang terbanyak manakala rakanya Sdra. Haji Hussin Mohd Yasin dari Universiti Malaya gagal mempertahankan jawatanya tewas kepada Sdra. Zainol Ismail yang mendapat undi 431.

Sdra. Azih Muda bersama Sdri. Lok Yim Peng

Setiausaha Agung Ahmad Shah juga turut tertewas ditangan Sdri. Lok Yim Peng, Setiausaha  Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) sekali gus menyaksikan salah seorang Jawatan Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari Agung telah tewas dengan mengantikan muka-muka baru.

Seribu Kalong TAHNIAH terutamanya kepada keselurohan perwakilan telah berani membuat perubahan dan keputusan kerana mahu melihat Hala Tuju Cuepacs dimasa hadapan lebih Bertangung jawab, Ikhlas dalam memperjuangkan hak pekerja dengan meninggalkan kepentingan-kepentingan peribadi.

Para Perwakilan Tritahunan


No comments:

Post a Comment