Friday, December 31, 2010

Pertandingan Nyanyian Perseorangan

environment IDAMAN Sdn Bhd dengan kerjasama D Anjung Cafe Bukit Pinang dalam Program IDAMAN Bersama Masyarakat telah berjaya mengadakan Pertandingan Nyanyian Perseorangan D Anjung Cafe Bukit Pinang,pada 31/12/2010, jam 8.30 malam sempena menyambut tahun baru 2011.

Sambutan serta sokongan orang ramai diluar dugaan yang mana menyaksikan meja serta kurusi yang diatur habis ditempah ada yang terpaksa berdiri, setiap pengunjung di berikan jamuan satay serta minuman botol oleh pihak penganjur. 

Sebahagian dari orang ramai
Sebahagian dari orang ramai

Seramai 40 orang peserta lelaki dan wanita telah mengambil bahagian didalam pertandingan ini, lagu-lagu adalah bebas, dua orang pengadil yang berpengelaman telah di jemput hadir untuk mengendalinya.

2 Orang Pengadil
Peserta Pertama
Peserta ke dua
Peserta ke Tiga berpasangan

Hadiah pertandingan bagi ketegeri ini Tempat Pertama RM 200, Kedua RM 150, Ketiga RM 100, Ke Empat RM 50 dan KeLima RM 20  manakala 2 hadiah pembakar roti bagi ketegori persembahan terbaik dan 2 hadiah pakaian terbaik bagi lelaki dan wanita.  Sdra. Pissal bin Abu dari environment IDAMAN telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pada malam tersebut. 

Hadian wang tunai
Pemenang Pertama RM 200
Tempat Pertama
Pemenang Ke Dua RM 150
Pakaian lelaki terbaik

Tepat pada jam 12 malam majlis berhenti seketika dengan memberi perhatian kepada pengunjung didalam acara bunga api.

Tembakan Bunga Api Detik 12 Malam

No comments:

Post a Comment