Tuesday, December 7, 2010

Penemuan Mengejutkan

Baru-baru ini pada 05/12-2010 seperti biasa program kitar semula dijalankan setiap  hari Ahad semuanya barang-barang dibawa, ditimbang dan dikumpul dilokasi berhadapan GYM Wisma Darul Aman dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Barang kitar ditimbang

Seperti biasa Jabatan-jabatan Kerajaan termasok Cleaner akan membawa barang-barang tersebut kelokasi yang telah ditetapkan, Setelah ditimbang diletakan bersama-sama dengan lunggok yang lain, sementara menunggu lori datang mengambilnya saya memeriksa semua barang-barang termasok dalam guni POS Malaysia.

Guni POS Malaysia yang dikitar

Apa yang  mengejutkan saya setelah saya melihat didalam guni tersebut didapati banyak surat-surat yang ditujukan kepada, Jabatan Kerajaan, Syarikat-syarikat dan Kelab-Kelab yang dilekatkan SETEM dengan nilanya tidak diBATALKAN terlebih dahulu oleh Jabatan POS Malaysia.  Surat-surat yang dapat dikutip kembali dengan NILAI SETEMNYA mencecah  kepada RM 78.00 kesemuanya.

Surat dalam guni POS Malaysia
Surat-surat yang bersetem
Sebahagian darinya

Dalam menjalankan tugas perlulah BERAMANAH, Raakyat telah memberi mandat dan kepercayaan kepada POS Malaysia untuk mengirim surat-surat kepada orang-orang tertentu terutama sekali kepada Jabatan-jabatan Kerajaan kerana ianya mustahak,  diharap perkara ini tidak berulang lagi kerana ia menyusahkan raakyat.

No comments:

Post a Comment