Wednesday, October 19, 2011

3R di Perlis

Kutipan 3R di Pejabat Kerajaan Negeri Perlis diadakan pada setiap minggu ketiga hari khamis tiap-tiap bulan, hari ini 19 Oktober 2011 kutipan 3R diadakan awalkan sehari kerana tarikh asal 20 Oktober 2011 diadakan program taklimat 3R untuk Puspanita Negeri Kedah.

Wakil Pejabat Tanah

Puan Fauziah bte Hashim, Pengarah UPEN/ Timbalan Setiausaha Kerajaan ( Pembangunan ) turut hadir menyaksikan kutipan 3R dibuat juga turut hadir En. Mohd. Ubaidillah Abdullah Penolong Pengarah UPEN yang menjadi pemamtau kepada urusetia program ini manakala En. Mohd. Halim bin Hashim, mewakili PPSPPA, Negeri Perlis.

Sedang menimbang

Buat Kiraan

Minggu ini menyaksikan pengumpulan barang-barang 3R yang terbanyak sejak ianya dimulakan pada Bulan 5/2011. Kutipan Kertas (Pelbagai Kertas) seberat 1,559 kg, Botol Plastik 13 kg, Tin 4 kg dan Alumaniam 2 kg. Jumlah keselurohanya sebanyak RM 556.12.

En Pissal Abu sedang menerangkan hasil kutipan
En. Pissal Abu menyerahkan wang tunai RM 556.12 Kepada
 Puan Pengarah Upen/Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Perlis

No comments:

Post a Comment