Saturday, October 29, 2011

Gotong Royong Bersama Masyarakat

Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Negeri Kedah (PPSPPA) serta environment IDAMAN Sdn Bhd telah dengan jayanya mengadakan Program Gotong Royong Bersama Penduduk pada hari ini 29 Oktober 2011, Hari Sabtu, jam 8.00 pagi bertempat di Taman Bersatu, Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah.



Tuan Hj.Mohd. Fisol Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar didalam ucapanya menyeru semua masyarakat khususnya Penduduk Taman Bersatu menjaga kebersihan diTaman ini khususnya dihalaman rumah masing-masing.



Turut hadir Pn. Fadzilah bte Hasan Ketua Penolong Pengarah Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Kedah, En. Mhd. Saiful Anuar bin Zainal Ketua Pegawai Eksekutif, environment IDAMAN Sdn Bhd, Ahli-ahli Majlis Bandaraya serta semua kakitangan Jabatan-jabatan yang terlibat.



Program hari ini juga turut meletakan 3 unit tong kitar semula yang dibawa khas oleh Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam untuk kemudahan orang ramai mengunakan perkhidmatan tersebut.



Sebaik sahaja selesai ucapan majlis disusuli dengan program menanam pokok oleh Tuan Setiausaha Majlis dan diikuti Ketua-ketua Jabatan PPSPPA, environment IDAMAN dan Ahli-ahli Majlis, Majlis Bandaraya Alor Setar. Gotong royong mencuci, membersihkan longkang dan pemotongan rumput diteruskan oleh ketiga-tiga ajensi bersama dengan pemimpim masyarakat.



Gambar Keselurohan Gotong Royong

No comments:

Post a Comment