Thursday, October 27, 2011

Membincang Pelancaran Dan Edaran Tong Sampah

Satu mesyuarat mengenai Majlis Pelancaran Hotline Sisa Dan Edaran Tong telah diadakan pada 27 Oktober 2011, hari Khamis jam 3.00 petang bertempat di Pejabat Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, Tingkat 12 Menara Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah.


Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Fadzilah bte Hasan, Ketua Penolong Pengarah Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, turut hadir Norfadilla bte Jamaludin, Pegawai Tadbir dan En. Mohd. Asrul bin Azmi, Pegawai Jutera manakala environment IDAMAN Sdn Bhd diketuai oleh Tuan Hj Ahmad Nadzrin bin Saadon, Senior Manager Operation, En. Afzainizam bin Ab. Rahim, Ketua Jabatan Koporat Komunikasi, Tuan Hj Jamil bin Hj. Tajuddin, SAM KSA 1 dan En. Pissal bin Abu, Pegawai Jabatan Koporat Komunikasi.

Pn. Fadzilah sedang menpengerusikan mesyuarat

Program ini diadakan bersempena dengan penguatkuasaan Akta Pengerusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672), setiap premis kediaman akan menerima Tong Sampah Beroda berkapasiti 120 liter secara PERCUMA.


Tarikh perasmian dan perlaksanaan  diperingkat Negeri Kedah pada 12 November 2011 akan dirujuk semula kepada Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan manakala siri penerangan dan perjumpaan bersama pemimpin akan diadakan dari masa kesemasa.


Suasana dalam Pejabat PPSPPA

No comments:

Post a Comment