Friday, October 21, 2011

Program Pembangunan Lestari Hijau

Puspanita Majlis Bandaraya Alor Setar telah berjaya mengadakan Program Pembangunan Lestari Hijau pada 20 Oktober 2011, Hari Khamis, Jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 tenghari bertempat di Rumah Puspanita, Jalan Menteri, Jalan Sultanah, Alor Setar, Kedah.


Program ini diadakan dalam bentuk ceramah yang diadakan 2 sessi iaitu Kitar Semula dan Kebun Kita yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Paduka Hajah Normah bte Abdullah, Pengerusi Puspanita Negeri Kedah.

Ybhg. Datin Paduka Hajah Normah bte Abdullah

Kehadiran seramai 100 orang terdiri daripada Datin Hajah Fatimah bte Md. Noh Pengerusi Puspanita Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) serta turut hadir semua Pengerusi-pengerusi Daerah dan Jawatankuasanya.


Ceramah Kitar Semula telah disampaikan oleh En. Pissal bin Abu, Officer Corporate Communication Department, environment IDAMAN Sdn Bhd manakala Kebun Kita ceramah disampaikan oleh Pegawai Pertanian Negeri Kedah.



Selepas ceramah diadakan diikuti dengan program menanam pokok oleh Yang Berbahagia Datin Padukah Hajah Normah bte Abdullah dan diikuti oleh Yang Berbahagian Datin Fatimah bte Md. Noh serta Pengerusi-pengerusi Daerah.


Jamuan makan tengahari merupakan penutup pada program tersebut.    


Gambar Keselurohan Program Lestari Hijau


No comments:

Post a Comment