Monday, November 21, 2011

Bengkel Serantau Inovasi Ar Rahnu 2011

Bengkel Serantau INOVASI AR RAHNU anjuran YaPEIM telah dirasmikan oleh Y.B. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B) Menteri Jabatan Perdana Menteri, Malaysia.pada 21 November 2011 bertempat di Hotel Awana Porto Malai, Pulau Langkawi, Kedah.


Peserta program yang dihadiri oleh saramai 200 orang termasuk peserta-peserta dari luar negara ianya selain dari Malaysia juga Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand, Kemboja dan Timur Leste yang menyertainya.


Selepas majlis perasmian gimik perasmian Bengkel Serantau Inovasi Ar Rahnu diadakan majlis Penyerahan Dokumen Kesepakatan Anggota Persidangan Sekretariat Ar Rahnu serta Penyerahan Sijil Perlantikan INSTITUT PENYELIDIKAN DAN PERUNDANGAN YaPEIM sebagai Agen Eksklusif dan Pengedar Tunggal X-Ray Fluorescence Spectrometer di Malaysia dan Negara-Negara OIC oleh Jiangsu Skyray Instrument Co.Ltd.


Sessi pertama bermula jam 11.30 pagi dengan tajuk Merintis Inovasi, Memperkukuh Perkhidmatan, Mematap Kelestarian Ummah. Pembentang Y,Bhg. En. Abibullah bin Hj. Samsudin, Pengarah Sekretariat Ar Rahnu Serantau/Ketua Pegawai Eksekutif INPUT YaPEIM manakala Moderator YM. Dato' Seri Setia Ustaz Hj, Metussin bin Hj. Baki, Timbalan Pengerusi Badan Penasihat Syariah, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).



Sessi kedua bermula selepas makan tengahari jam 2,00 petang tajuk Program Mikro Kredit Ar Rahnu Sebagai Pemangkin (Catalyst) Pembangunan Sosio Ekonomi Ummah: Tinjauan, Pengelaman Institusi Pelaksana dan Pengukuhan Masa Hadapan. Pengelaman Negara-Negara Serantau. Panel Pembentang seramai 5 orang.


Majlis dailog bersama peserta diadakan sebaik sahaja selesai pembentangan sessi kedua dan ianya berakhir pada jam 5.00 petang sebaik sahaja selepas jamuan teh.     


No comments:

Post a Comment