Tuesday, November 1, 2011

Ceramah Dan Kitar Semula

Sekolah Menengah Agama Kedah buat kali pertamanya menganjurkan program 3R bagi pelajar-pelajar Sekolah tersebut pada hari ini 01 November 2011 hari Selasa dari jam 9.45 pagi hingga jam 2.30 petang bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Agama Kedah, Jalan Sultanah Sambungan, Alor Setar, Kedah.


Syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd En. Pissal bin Abu Officer Corporate Communication Department dengan dibantu oleh En. Mohd Pais Abd. Razak telah menyampaikan ceramah kepada seramai 200 orang pelajar lelaki dan perempuan.  Turut hadir sama selain daripada Guru-guru En. Mohd. Asrul bin Azmi, Pegawai Jutera, Cik Atma dan Cik Inshah adalah Pegawai daripada Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam  (PPSPPA) sebagai Pegawai Pemamtauwan.



Ceramah 3R

Hari pertama diadakan kutipan 3R menyaksikan kutipan Kertas semua jinis Kertas sebanyak 2,351.4 Kg, Botol Plastik 30 Kg, Tin Biasa 24 Kg, Besi 7.5 Kg dan Petrapad seberat 2.8 Kg semuanya berjumlah sebanyak RM 867.80 kutipan kedua tertinggi kategori sekolah menengah. Sekolah Menengah Langgar masih kedudukan tempat pertama dengan jumlah pendapatan RM 1,200 keatas.





Walau macamana pun SEKALUNG TAHNIAH diberikan kepada Pengetua, Guru-guru dan Pelajar-pelajar Sekolah tersebut yang berjaya dapat mengumpulkan barang-barang sekaligus dapat menjayakan program 3R.

Gambar Aktiviti Ceramah & Kutipan 3R

No comments:

Post a Comment