Thursday, November 17, 2011

Mesyuarat Urusniaga

Sebaik sahaja selesai kerja-kerja khusus menyediakan laporan dan penyata pendapatan bagi program Kitar Semula yang diadakan pagi tadi saya dihantar oleh Isteri ke Airport jam 7.30 malam menaiki AirAsia jam 8.20 malam bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat urusniaga Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.


Mesyuarat yang diadakan pada 17/11/2011 hari Khamis jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Zainal Abidin di Tingkat 3, Bangunan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.dihadiri oleh semua Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda selaku Pengerusi Urusniaga dan merangkap Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.00 pagi berakhir 12.00 tengahari dan disambung dengan Mesyuarat Pengerusan Risiko berakhir pada jam 1.00 tengahari.



Sebelum bermulanya mesyuarat urusniaga 1 perjumpaan dengan juruodit diadakan dibilik yang sama hari yang sama bagi membincang arahtuju dan tindakan yang perlu dibuat oleh juruodit.

Perjumpaan dengan Juruodit

No comments:

Post a Comment