Wednesday, November 9, 2011

Kenduri Korban

Ketua Pegawai Eksekutif (Ceo) environment IDAMAN Sdn Bhd En. Mhd. Saiful Anuar bin Zainal telah mengadakan kenduri korban 1 ekor lembu untuk diri beliau serta keluarganya pada 9 November 2011 hari Rabu jam 12.00 tengahari di Depoh Lori, Jalan Sultanah Bahiyah Sambungan, Alor Setar. Kedah.



Sebelum itu disebelah pagi aktiviti mengankat beli serta penyerahan lembu korban untuk di sembelihkan telah diadakan di depoh tersebut, 1 ekor lembu diserahkan oleh Tuan Ceo kepada pengerusan kelab bagi pihaknya untuk dibuat kenduri kepada pekerja-pekerja environment IDAMAN Sdn Bhd khas untuk Kawasan Alor Setar sahaja.



Sdr. Pissal Abu selaku Setiausaha Kelab bersama dengan 15 orang anak buahnya dan dibantu oleh Persatuan Penduduk Hujung Kampong, Jalan Bunga Raya, Alor Setar dengan seramai 20 orang telah menjayakan program tersebut. Bagi pekerja environment IDAMAN mereka ditugaskan melapah dan memotong daging serta menyambut tetamu manakala Persatuan Penduduk bahagian memasak.

Movie Korban


Movie Memasak

Menu yang disediakan adalah Nasi Kukus, Gulai Daging, Perut Cicah Air Asam, Sup Tulang serta Laksa, alhamdulilah tepat jam 12.00 tengahari seperti yang dijadualkan semua makanan sudah tersedia dihidangkan.





Tuan Ceo selepas makan beliau berjumpa dengan semua petugas dan tukang masak untuk mengucapkan terima kasih, jamuan yang dimulakan pada jam 12.00 tengahari berakhir tepat jam 3.00 petang.



No comments:

Post a Comment