Friday, November 25, 2011

Pasar AMPERA

Selesai sudah aktiviti menaiki bot kami terus ke Pasar AMPERA yang terletak ditebing sungai serta berhampiran jambatan tersebut. Pasar ini menjual pelbagai jenis barangan yang dibawa terus dari kampong dan yang paling banyak pakaian. 



Apa yang seronoknya jualan lelong ditepi jalan hadapan bangunan pasar tersebut memang murah gila-gila tapi tapaknya tidak kekal kerana tempat tersebut tidak dibenar oleh pihak yang berwajib terutama polis, lebih kurang 1 jam kami berada disitu kami terkejut melihat kenapa dengan tergesa-gesa semua peniaga disitu membungkus semua jualan mereka dan terus berlari rupanya penguatkuasa polis dah datang untuk merampas jualan mereka oleh kerana mereka cekap tiada siapa kena rampas.


Kami terus masuk ka pasar untuk melihat pelbagai jenis jualan pusing punya pusing apa satu pun kami tak beli memang kami suami isteri tak pandai shopping sudah penat kami masuk kesebuah restoran minum air dan balik ke hotel. Kenderaan anggkutan banyak sekali untuk kami nak balik ke hotel jarak dari pasar tersebut lebih kurang 10 km.


Jam 12.00 tengahari waktu Indonesia ( 1.00 tengahari waktu Malaysia ) saya bersama anak pergi solat jumaat masjidnya terletak di sebelah belakang hotel yang kami mengindap.

Video Pasar AMPERA

Disebelah petang kami sekali lagi ke Jambatan AMPERA untuk melihat suasana jualan petang dibawah jambatan dan melihat cahaya lampu di Jabatan tersebut dimalam hari yang menjadi tunpuan orang ramai termasuk pelancong,

Video Jambatan AMPERA

No comments:

Post a Comment