Thursday, November 3, 2011

Kutipan 3R Sek. Menangah

Hari ini Khamis 03 November 2011 buat pertama kali kutipan 3R diadakan diatas jemputan Pengetua Sekolah yang diadakan di Kawasan Lapang Sekolah Menengah Sri Ampang, Peremba, Alor Setar, Kedah.


Guru-guru dan pelajar sudah sedia menanti kedatangan kami dengan membawa turun serta mengumpul barang-barang tersebut untuk di kitar semula. Seperti biasa environment IDAMAN Sdn Bhd yang diketuai oleh En, Pissal Abu serta rakan-rakanya turut terlibat membantu En. Mohd. Asrul Azmi, Pegawai Jutera, Cik Indan Diana dan Cik Atma kesemuanya mereka dari Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Negeri Kedah beribu pejabat di Alor Setar. 




Walaupun kali pertama 3R diadakan ianya menyaksikan kutipan yang terbanyak terutama kertas dengan seberat 1,682 kg manakala Botol Plastik 182.6 kg, Tin Biasa 34.5 kg, Tin Alumanian 8 kg dan Besi 2.5 kg.kesemuanya berjumlah RM 759.85.   


Gambar Keselurohan Aktiviti 3R


No comments:

Post a Comment