Saturday, April 7, 2012

Hari Terakhir di Pekan Baru

Pagi-pagi lagi selepas sarapan pagi jam 8.00 kami semua dijemput oleh ahli keluarga Tuan Hj Mohd. Faizi ke rumahnya untuk sarpan pagi pada 7 April 2012.  Sebaik sahaja kami smapi kami disambut oleh kaum keluarga disana.


Jamuan yang disediakan kepada kami boleh dikatakan selera ala makanan Malaysia, masing-masing kami semunya menjamu selera.sambil mendengar zikir beramai-ramai dan juga diperkenalkan kepada kumpulan Ibu-ibu tunggal yang kebetulan sedang berlatih Nasyid setiap hujung minggu dikediaman tersebut.




Setelah berakhir sebelum kami pergi ke Airport sempat rombongan kami menyumbangkan kepada Kumpulan Ibu Tunggal sebanyak RM 1,000 ( RP 3 juta ).kemudian kami bergambar beramai-ramai sebelum berngkat ke airport.




Sampai diAirport sebaik sahaja kami semua checkin sampailah ketangga untuk berlepas disitu ada Pegawai-pegawai dari AirAsia memeriksa setiap tiket dan berat beg, ramailah diantara group kami yang bershoping beg telah beranak 1 jadi 3 beg dan sebagainya, lalu saya memberitahu salah seorang pegawai tersebut mengatakan kami baru saja mengujung Pejabat Wali Kota Pekan Baru lalu dia pun melepaskan kami semua akhirnya kami semua merasa lega.



Penerbangan kami dari Pekan Baru ke Kuala Lumpur jadual mula pada jam 10.20 pagi terlewat selama 1 jam 11.30 baru kapal terbang AirAsia dari Kuala Lumpur sampai. Kami sampai di kuala lumpur jam 12.40 tengahari.

Zikir Perpisahan

No comments:

Post a Comment