Wednesday, April 25, 2012

Program 3R di Tabika

Tabika Perpaduan Alor Malai merupakan Tabika yang ke 2 mengadakan program kitar semula yang diadakan pada 25 April 2012 jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Tabika Perpaduan, Alor Malai, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah.

Tabika Perpaduan Alor Malai

Sebelum bermulanya kutipan barang-barang kitar semula majlis bermula dengan ceramah pertama  mengenai latar belakang PPSPPA oleh En. Mohd. Asrul bin Azmi, Pegawai Jutera dan diikuti oleh En. Pissal bin Abu, Pegawai dari Jabatan Koporat dan Komunikasi mengenai Faedah Kitar Semula.

En. Mohd Asrul Azmi memberi ceramah
En. Pissal Abu dari environment IDAMAN Sdn Bhd


Apa pun TAHNIAH diucapkan kepada guru tabika kerana dapat mengumpul waris-waris untuk hadir bersama dalam program ini, sebelum itu maklumat awal telah diberikan kepada guru tabika dan berkesannya beliau menyampaikan berita ini kepada waris-waris sehingga ada yang membawa barang-barang kitar semula dari rumah.


Aktiviti menimbang

 
Selepas selesai ceramah aktiviti menimbang bermula yang mana setiap waris yang membawa barang-barang kitar semula mula mengambil bahagian dengan menimbang sendiri barang-barang tersebut En. Pissal bin Abu Pegawai dari environment IDAMAN mencatit berat dengan di pantau oleh En. Mohd. Asrul bin Azmi Pegawai Jutera PPSPPA serta Guru Tabika dan waris.


Sedang buat kiraan

Penyerahan wang

No comments:

Post a Comment