Tuesday, April 17, 2012

Msyuarat ALK Ke 8

Mesyuarat ALK ke 8 telah diadakan pada 17 April 2012 jam 9.00 pagi hari Selasa bertempat di Bilik Mesyuarat Zainal Abidin Mohammad tingkat 2, Pejabat Koperasi KOSPETA, KM 12, Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.

En. Azih Muda, Pengerusi Koperasi KOSPETA

Mesyuarat hari ini amat penting bagi membincang akaun-akaun dan persiapan mesyuarat agung kali ke 30 di Alor Setar, Kedah.  11 ALK dari 12 yang hadir mesyuarat hari ini. Mesyuarat ini juga telah meluluskan pembelian Bangunan dan Tanah di Kampong Baru dengan nilai RM 9 juta untuk di jadikan pejabat baru Kopersai KOSPETA Malaysia Berhad.

 
Sebahagian dari ALK
En. Pissal sedang memberi penerangan

Mesyuarat juga telah diberi penerangan mengenai kejayaan Lawatan Sambil Belajar ALK dan Warga kerja ke Pekan Baru yang diadakan baru-baru ini pada 5-7/04/2012. Mesyuarat juga bersetuju untuk masa yang terdekat ini diadakan 1 lagi program Lawatan Sambil Belajar ALK bersama Warga kerja ke Kambodia untuk memberi peluang lain-lain warga kerja menyertainya.

 
Pegawai Kanan Koperasi
Setelah selesai semua ALK bersama-sama kakitangan Koperasi ke tingkat 3 untuk jamuan tengahari yang disediakan oleh pihak pentadbiran, Jamuan ini diadakan setiap kali mesyuarat ALK bertujuan dapat merapatkan lagi silatulrahim antara ALK dengan Kakitangan Koperasi.

 
ALK
ALK
Warga Kerja

No comments:

Post a Comment