Saturday, April 7, 2012

Mesyuarat dan Lawatan Sambil Belajar

Seramai 11 orang Ahli Lembaga Kopeerasi (ALK) dan 7 orang Kakitangan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad termasok 2 suri rumah telah menyertai Program Mesyuarat dan Lawatan Sambil Belajar ke Pekan Baru dan Bukit Tinggi pada 5-7 April 2012.

Video Perjalanan Ke Pekan Baru
Gambar di LCCT


Sebelum bertolak ke Pekan Baru semua ALK telah berkumpul pada 4 April 2012 lebih awal sahari dan mengadakan Mesyuarat ALK Khas membincang persiapan tempat serta lain -lain yang berkaitan dengan Mesyuarat Perwakilan yang dijadualkan pada 16 Jun 2012 di Alor Setar, Kedah.


Mesyuarat Khas

Rombongan kami bertolak dari LCCT Kuala Lumpur pada 5 April 2012 jam 10.50 pagi dan sampai di Pekan Baru Jam 10.40 pagi (WI) disambut oleh En. Jeffi anak saudara salah seorang ALK kami dengan 5 buah kenderaan.


Kami dibawa ke Rumah Makan Pak Nordin dengan hidangan tersedia menanti menunggu ketibaan kami selepas makan kami dibawa terus ke PONDOK PESANTERAN BABUSSALAM SMP BABUSSALAM PEKAN BARU, TERAKREDITASI. A, Indonesia bagi tujuan solat zohor dan  ALK Khas.

Bergambar sesudah mesyuarat

Sebaik sahaja selesai mesyuarat kami dibawa menaiki 5 buah kereta dari Pekan Baru ke Bukit Tinggi yang memakan masa selama 5 hnggan 6 jam satu perjalanan. Jarak perjalanan tidak jauh hanya 350 km sahaja namum yang melambatkan kerana Jalan- jalan sempit, rosak, bengang bengkok dan mendaki bukit.

Minum Petang
Jam 5.00 petang kami bertolak berhenti makan petang di BANDREK HOUSE yang terletak diatas Puncak yang tinggi cuaca ketika itu amat sejuk untuk minum kopi dan goreng pisang sampai diBukit Tinggi jam 11.00 malam (WI) jam 12.00 malam (WM) terus chekin di Hotel Asia, Jalan Panorama, Bukit Tinggi, Medan, Indonesia.

Makan Malam
Keesokan pagi selepas sarapan pagi dilangsungkan Mesyuarat  3P membincang mengenai Tempat-tempat Lawatan untuk Ahli-ahli Koperasi, Seminar Kakitangan di Cameronhighland dan Percetakan Berita Bergambar serta KPI.

Selesai sahaja mesyuarat kami semua dibawa ke tempat membeli belah yang terletak tidak jauh lebih kurang 400 meter dari hotel kami, Apa lagi bila sampai disana faham aja la masing-masing terutama wanita terus membeli belah la termasok juga geng lelaki ada yang sama naik dengan geng wanita.


Membeli Belah
Sebahagian dari kami seramai 5 orang bersama dengan En. Jeffi pergi melawat ke LUBANG JEPUN lebih kurang 400 meter dari tempat membeli belah. Ini kali ke 2 saya sampai ditempat ini kali pertama saya datang dalam tahun 1978 keadaan disekeliling Pekan Bukit Tinggi termasok Lubang Jepun tidak menarik, tapi sekarang wauuuuu patut la pelancong ramai yang datang banyak perubahan telah berlaku.Hotel pun banyak Pusat membelibelah pun banyak tidak termasok dikaki-kaki lima kedai dan tempat berjalan kaki.
Di Atas Puncak

Selesai solat Jumaat kami semua berkumpul disalah Rumah Makan yang ada di situ untuk makan tengahari, Bab nasi padang ni hari pertama kita makan sampai lincin pas tu setiap kali hidang lauk yang sama menyebabkan kita tak lalu makan.


Dihari terakhir

No comments:

Post a Comment