Saturday, April 14, 2012

Program Penyerahan Tong Sampah

environment IDAMAN Sdn Bhd dengan kerjasama KRT Rukun Tetangga Taman Utama telah dengan jayanya mengadakan program penyerahan tong sampah percuma kepada penduduk-penduduk di Taman Tersebut.

Papan Tanda KRT
AJK Membuat Persiapan

Apa yang dibanggakan sejak awal jam 8.00 pagi lagi En. Yahya selaku Pengerusi bersama-sama dengan Jawatankuasa KRT Taman Utama telah bersedia membuat persiapan menunggu ketibaan Pegawai-pegawai environment IDAMAN Sdn Bhd bersama-sama dengan tong sampah setinggi 120 liter. Jumlah rumah ditaman ini lebih kurang 341 unit.


En Yahya (Pak Ya) Pengerusi KRT Taman Utama
AJK bersiap sedia

Perjalanan penyerahan tong sampah pada hari ini berjalan dengan tertib dan lancar boleh dikatakan semua AJK bertungkus lumus bersama-sama dengan Pegawai-pegawai environment IDAMAN Sdn Bhd dari awal hinggalah ke akhir.  Rata-rata penduduk yang hadir semuanya berpuas hati perjalan penyerahan tong sampah hari ini kerana ianya berjalan dalam susana harmoni.


AJK RT sedang mengisi borang
Proses Penerimaan Borarng

Jumlah penduduk di Taman Utama seramai 341 orang, semasa penyeraha dibuat seminggu sebelum itu pihak KRT telah terlebih dahulu mengedar siaran bersama borang pemgambilan tong sampah keselurohan taman tersebut. Oleh kerana ada yang bertugas tak sempat mengambilnya disebelah pagi mereka datang mengambilnya disebelah petang.


Penerimaan Borang
Pemasangan Tong Sampah
Tok Penghulu Menerima Tong Sampah dari
En. Pissal bin Abu, Pegawai environment IDAMAN Sdn Bhd

Pihak KRT Taman Utama telah bermurah hati selain membantu dan menolong syarikat mereka juga telah menyediakan makan dan minuman pada hari tersebut kepada semua pekerja-pekerja serta AJK yang bertugas. 


Penyerahan Borang
Bawa Pulang Tong Sampah
Bersambung lagi....

No comments:

Post a Comment