Thursday, October 11, 2012

KOSPETA Cawangan Alor Setar

Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Cawangan Alor Setar telah berpindah pada 3/10/2012 dari No.1-23 Komplek MBAS, Jalan Kolam Air ke Lokasi baru di No. 22B Rumah Kedai Taman Anggerik, Lebuhraya Sultanah, Lencong Barat, Alor Setar, Kedah.

Rumah Kedai Taman Anggerik

Turut sama berpindah Syarikat KVK Multimedia yang menyewa bersebelahan No. 1-24. Perpindahan berlaku kerana Pejabat lama terlalu sempit ianya tidak sesuai dan tidak selesa untuk ahli-ahli yang datang berurusan dengan Koperasi untuk tujuan pinjaman wang dan barangan penguna dari syarikat KVK Multimeddia.

Keluasan Dalaman Pejabat
Pembersihan Luaran

Pejabat baru ini lebih luas dan lebih selesa selain mempunyai Ruang Kaunter yang luas ia juga mempunyai bilik Pegawai, bilik Mesyuarat yang boleh dimuatkan seramai 80 orang serentak untuk kursus dan sebagainya termasok bilik rehat dan tandas serta bilik air.

Pemasangan Bilik Pegawai dan Talikom
Kaunter 

Buat masa ini beberapa kerja ubahsuai masih dilakukan terutama dibilik Pegawai, bilik Mesyuarat dan bilik Rehat (Bilik Sembahyang). Insyallah dijangka siap sepenuhnya termasok memasang aircorn serta yang berkaitan dengannya sehingga hujung bulan ini.

Pejabat Koperasi KOSPETA Cawangan

No comments:

Post a Comment