Sunday, November 11, 2012

Melawat Cawangan Alor Setar

Pengerusi En. Azih bin Muda, En. Adnan bin Mat, Pengurus En. Khairul serta wargakerja Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad setelah selesai mengadakan taklimat gaji serta kempen keanggotaan di Gerik dan Pengkalan Hulu terus ke Alor Setar pada hari Sabtu 10/11/2012 untuk melawat Pejabat Cawangan Baru di N0. 22 B Rumah Kedai Taman Anggerik, Lebuhraya Jalan Sultanah, Alor Setar, Kedah.

Van Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
En. Azih bin Muda dan Wargakerja


Kedatangan mereka disambut oleh En. Pissal bin Abu salah seorang Ahli Lembaga Koperasi sebagai Wakil Kawasan, beliau memberi taklimat ringkas kepada Pengerusi serta wargakerja mengenai pencapaian persiapan Pejabat Baru Cawangan.

Dewan Mesyuarat
Bilik Pegawai

Setelah memberi taklimat ringkas En. Azih Muda serta yang lain melawat keselurohan didalam bangunan tersebut termasok Kaunter, Bilik Pegawai, Dewan Mesyuarat dan Surau. diakhir lawatan En. Azih Muda mencadangankan beberapa perkara untuk kesesuaian dalam penambah baikan.

Kaunter
Lawatan ke Cawangan Alor Setar

Sehari sebelum itu Tuan Hj. Mohd. Faizi bin Aznam selaku Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad turut hadir melawat Pejabat Baru Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Cawangan Alor Setar bersama isterinya.

Tuan Hj. Mohd. Faizi bin Aznam

No comments:

Post a Comment