Friday, November 30, 2012

Perjumpaan Penguatkuasa Seremban

ANULAE Semenanjung Malaysia dengan kerjasama ANULAE Cawangan Seremban hari ini 29/11/2012 telah berjaya mengadakan Program Taklimat Transformasi Perkhidmatan Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia diseluroh Negeri Sembilan, bertempat diDewan Besar, Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan.


En. Azih bin Muda Presiden ANULAE

Tujuan program ini diadakan untuk mengumpul semua tenaga Pegawai Penguatkuasa diseluroh Negeri Sembilan untuk memberi penerangan dengan sejelas-jelasnya bagi mengubah kedududkan dari Gred N kepada Gred W sama seperti Pegawai Keselamatan.

En. Azih bin Muda memberi ucapan

Program ini dihadiri oleh seramai 188 orang Pegawai Penguatkuasa purata 98% dari seluroh PBT Negeri Sembilan. En. Azih bin Muda Presiden, En. Adnan bin Mat Timbalan Presiden dan En. Ramli bin Kaliil sebagai Setiausaha Agung ANULAE Semenanjung Malaysia menghadirinya.


Sebahagian dari Pegawai Penguatkuasa

Ucapan penoh semangat dari En. Azih bin Muda selaku Presiden selama 2 jam menyentuh dalam pelbagai isu terutama menukar Gred N kepada Gred W Keselamatan mendapat tepukan gemuruh, sorakan yang kuat menambahkan lagi semangat penceramah meneruskan ucapanya. Rata-rata yang hadir sangat berpuas hati penerangan yang disampaikan.

Meja Urusetia
Jamuan Petang

No comments:

Post a Comment