Sunday, November 18, 2012

Pertandingan Lagu Karaoke

Cafe Termilal Feri Kuala Kedah semalam 17/11/2012 telah berjaya mengadakan Pertandingan Lagu-Lagu Karaoke Tertutup khusus untuk pelanggan-pelanganya yang setia di Cafe tersebut bertempat di Terminal Feri Kuala Kedah, Jalan Kuala Kedah.

Hadiah
Sebahagian dari orang ramai
Pengadil

Pertandingan Suka-Suka ini disertai seramai 30 penyertaan walau pun diakhir hari penutup pada 15/11/2012 kita menerima sebanyak 42 borang namum begitu pihak penganjur bersama pertandingan ini En. Pissal Abu terpaksa menolak lebihan borang pertandingan tersebut walaupun pelbagai rayuan disaat terakhir.

Peserta Lelaki
Peserta Wanita

Tepat jam 9.45 malam pertandingan bermula dan diadili oleh 4 orang pengadil termasok 2 pengadil bagi 2 kategori Persembahan Lelaki dan Wanita terbaik dan Pakaian Lelaki dan Wanita Tercantik. Hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah berbentuk barang-barang electrik dari tempat pertama hingga kesepuloh, sementara itu setiap peserta yang mengambil bahagian semuanya mendapat hadiah saguhati sepasang kain shut.

Pakaian Lelaki Tercantik
Pakaian Wanita Tercantik

YBhg. Dato' Lat Shariman Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah merangkap Pegawai Khas  Perdana Menteri Malaysia telah sudi hadir menyampaikan hadiah kepada semua peserta-peserta yang mengambil bahagian. 

Tempat Pertama
Tempat Pertama hingga ke Lima

Pertandingan berakhir pada jam 2.00 pagi.

No comments:

Post a Comment