Tuesday, November 27, 2012

Taklimat dan Dailog

ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Kulai dengan direstui oleh Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulai, telah berjaya mengadakan Program Taklimat dan Dailog pada 27/11/2012 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Perbandaran Kulai, Johor Darul Takzim.

Pejabat Majlis Perbandaran Kulai
En. Azih bin Muda, Presiden ANULAE
Ucapan En. Azih bin Muda

Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia En. Azih bin Muda dijemput sebagai tetamu khas untuk taklimat khusus tuntuttan Cuepacs serta menyelesaikan masaalah-masaalah dalaman di Majlis Perbandaran Kulai. Program ini mendapat sambutan yang baik, Tuan Setiausaha Majlis, Pengarah Akauntan serta beberapa Ketua Jabatan dan Wakil-wakil setiap Jabatan dan unit turut hadir.

Wargakerja yang hadir

Taklimat selama 2 jam berakhir dengan Majlis Dailog yang disertai oleh pelbagai lapisan yang ingin bertanya dan menyelesaikan masaalah mereka. Alhamdulilah rata-rata yang hadir amat berpuas hati setelah masaalah mereka didengari dan boleh diselesaikan.

Menyelesai Masaalah Pekerja
Gambar Keselurohan

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dan Syarikat KVK Multimedia juga turut menyertai  dalam program turun padang bersama ANULAE Semenanjung Malaysia yang diketuai oleh En. Pissal bin Abu, Penolong Setiausaha dan hadir sama Pengurus serta Wargakerja Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Kaunter Koperasi dan KVK
Jamuan Ringan

No comments:

Post a Comment