Thursday, April 4, 2013

Majlis Penyerahan Dokumen

Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri telah diadakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk penduduk-penduduk disekitar Sentul pada 4/4/2012 jam 4.00 Petang bertempat di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur.

Menanti Ketibaan Perdana Menteri

Program ini mendapat sambutan diluar jangkaan lebih kurang 4,000 orang yang hadir menyebabkan tiada tempat duduk. YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merasmikanya.

Ketibaan Perdana Menteri
Ketibaan Ketua Setiausaha

Cuepacs dan ANULAE Semenanjung Malaysia serta lain-lain Kesatuan Sekerja juga turut hadir untuk memberi sokongan kepada program ini khususnya kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Menyanyi Lagu Negara Ku
Sebahagian dari orang ramai
Barisan Kesatuan Sekerja

Disebelah pagi sebelum menyertai program diatas telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pembiayaan dan Kredit di Tingkat 3, Wisma Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, KM 12 Off Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.

Mesyuarat Pembiayaan Kredit
Pembetulan Minit dan Dokumen

No comments:

Post a Comment