Saturday, May 25, 2013

Israk Mikraj

Program sempena Israk Mikraj anjuran Masjid Al-Shakirin bersama Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Aman Palestin, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan dan Persatuan Penduduk Block 22, Taman Wilayah, Selayang, Kuala Lumpur.

Poster Program
Masjid Al-Shakirin

Pelbagai aktiviti sepanjang hari diadakan selain daripada Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa serta Sumbangan Anak-anak Yatim juga Forum Perdana, Ceramah, Pemeriksaan Kesihatan, Pameran Aman Palestin dan Kenduri, kesemuanya diadakan di dalam dan hadapan Masjid.

Ceramah Halal Frozen Food
Pemeriksaan Kesihatan
Ceramah Perdana

Selesai solat asar diteruskan  dengan Program Perayaan Sambutan 30 Tahun Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Bermula dengan Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa serta di ikuti ucapan Pengerusi Kariah Masjid Al-Shakirin Ybgh. Dato' Nordin bin Che Ngah dan ucapan En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Solat Asar
Bacaan Yassin/Tahlil/Doa
Ucapan YBhg. Dato' Pengerusi
Ucapan Pengerusi Koperasi

Seramai 100 Anak-anak Yatim dari Tasik Puteri hadir menerima sumbangan dari Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad berbentuk wang tunai dan 1 beg yang berisi pelbagai makanan termasok bungukusan nasi setiap seorang.

Sumbangan untuk anak-anak yatim
Anak Yatim
Cederahati kepada YBhg. Dato' Pengerusi
Sumbangan dari Koperasi sebanyak RM 1,000.00
kepada Tabung Aman, Palestin

Selesai sahaja program yang diadakan semua Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Wargakerja, serta Jawatankuasa Masjid meraikan anak-anak yatim dengan jamuan makan malam di bersebelahan masjid dalam kawasan masjid. Pihak Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah bermurah hati menyumbang seekor lembu bersaiz besar untuk tujuan kenduri.

Jamuan Makan
Anak-anak Yatim

Gotong royong menyembelih lembu oleh anak-anak kariah diadakan awal sehari dan acara memasak dimulakan pada jam 9.00 pagi bersama-sama dengan wargakerja Koperasi serta perkumpulan perempuan dari Persatuan Penduduk block fasa 2, Taman Selayang, Kuala Lumpur.

Gotong Royong menyediakan Nasi Anak Yatim
En. Azih Muda sedang masak Sup Tulang
En. Pissal Abu turut membantu masak
Makan Jamuan Tengahari

Majlis berakhir pada jam 6.50 petang, semua yang hadir dalam program diberikan senaskah buku yassin dan sebotol air yassin setiap seorang.

Bergambar bersama YBhg. Dato' Noordin Ngah
Pengerusi bersama ALK dan Wargakerja

No comments:

Post a Comment