Friday, May 10, 2013

Perjumpaan dengan Kakitangan

Perjumpaan sebulan sekali antara Ahli Lembaga dengan Pegawai-pegawai Kanan serta kakitangan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah diadakan baru-baru ini pada 10/05/2013 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Zainal Abidin tingkat 2 Ibu pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Kuala Lumpur.

En. Pissal Abu sedang memberi Taklimat

Tepat jam 9.00 pagi semua Pegawai Kanan dan Kakitangan Koperasi berkumpul di bilik Mesyuarat Zainal Abidin. En. Pissal bin Abu Penolong Setiausaha merangkap Pengerusi Sambutan Perayaan Ulang Tahun ke 30 Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah memberi taklimat kepada semua Pegawai-pegawai Kanan dan Kakitangan mengenai aturcara pada 24 dan 25/05/2013.

Pengurus dan Pegawai Kanan
Pegawai Kewangan dan Wargakerja

Mesyuarat Lembaga penoh telah meluluskan 2 hari Sambutan Perayaan Ulang Tahun ke 30 mulai 24/05/2013 bertempat di Ibu Pejabat Koperasi sendiri dengan acara Bacaan Yassin, Tahlil dan Selawat selepas solat maghrib. Manakala pada 25/05/2013 akan diadakan majlis yang sama termasok Kenduri dan  sumbangan kepada anak-anak yatim dari Darulkifayah diMasjid Al-Shakirin bersama-sama dengan Pengerusan Masjid.

Diantara yang hadir

Dalam perjumpaan itu En. Pissal bin Abu mengesa supaya semua Pegawai-pegawai Kanan dan Kakitangan turut hadir dan melibatkan diri bagi menjayakan kedua-dua program tersebut.

No comments:

Post a Comment