Saturday, May 11, 2013

Mesyuarat Bersama Pegawai Masjid

Pengerusi Kariah serta tuan Imam Masjid Al-Shakirin telah menjemput Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad turut hadir bermesyuarat mengenai Program Masjid dan Perayaan 30 Tahun Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pada 11/05/2013 hari Sabtu jam 9.00 pagi bertempat di Masjid Al-Shakirin, Taman Wilayah Selayang, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Masjid Al-Shakirin

Mesyuarat diPengerusikan oleh YBhg. Dato' Noordin bin Che Ngah Pengerusi J/kuasa Kariah Masjid dan turut serta hadir Tuan Imam, Timbalan Pengerusi, Setiasuaha, Bendahari, AJK Masjid, Pengerusi Perumahan dan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad seramai 9 orang Ahi Lembaga termasok Pengurus diketuai oleh En. Pissal bin Abu.

YBhg. Dato' Noordin bin Che Ngah
Pengerusi J/kuasa Kariah Masjid

Pengisian program sehari suntok termasok gotong royong memasak dan kenduri (Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah menyumbang 1 ekor lembu) Pameran dari Jabatan Kerajaan, Forum, manakala disebelah petang selepas solat Asar Program 30 Tahun Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dimulai dengan Bacaan Yassin, Tahlil, Sumbangan Anak-anak Yatim dan kenduri, disebelah malam majlis Taskirah oleh Aman Palestin.

Barisan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
J/kuasa Masjid

Dato' Pengerusi memaklumkan program yang diadakan pada 25/05/2013 diadakan dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam anjuran bersama Masjid, Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, PPZ, Aman Palestin dan Persatuan Penduduk.

Suasana Mesyuarat
Bergambar beramai-ramai

Selesai bermesyuarat di masjid kemi semua kembali ke Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad meneruskan Mesyuarat J/kuasa Perayaan ke 30 Tahun. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Pissal bin Abu selaku Pengerusi Sambutan Perayaan ke 30 Tahun pada jam 11.00 pagi.

Mesyuarat di Pengerusikan Oleh En.Pissal Abu

Mesyuarat juga telah memutuskan penambahbaikan dalam beberapa perkara supaya program yang akan diadakan nanti dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Suasana Mesyuarat

No comments:

Post a Comment