Friday, May 24, 2013

Sambutan 30 Tahun

Perayaan menyambut 30 Tahun usia Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bermula dengan Sembahyang Maghrib dan di Ikuti Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa telah diadakan pada 24/05/2013 jam 7.20 malam di Tingkat 3, Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

Solat Maghrib

Program ini mendapat sambutan yang begitu baik dengan kehadziran Anggota Lembaga Koperasi, Juruodit Dalaman, Pengerusi dan Setiausaha Kawasan yang berdekatan serta Warga Kerja Koperasi KOSPETA Malaysia berhad.

Bacaan Yassin 
Bacaan Doa
Wargakerja

Majlis bertambah serinya dengan kehadiziran Dato' Hj. Abd. Rahman bin Abd. Kadir bekas Setiausaha Agung Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad sejak ditubuhkan hingga beliau bersara kerana bergiat sepenoh masa didalam Politik. Beliau juga adalah salah seorang pengasas dan beliau juga berjaya mencipta Logo Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang kekal sehingga sekarang.

Bersama Dato' Abd. Rahman Kadir (Pak Rahman)
Sumbangan kepada Tuan Imam
Penyerahan Cederahati kepada Pengerusi
Ucapan Pengerusi

Selepas solat Isya semua jemputan terus ke dewan makan bersebelahan untuk menjamu selera, Alhamdulilah hidangan yang dihidangkan menunya cukup memuaskan. Majlis berakhir sebaik sahaja selesai jamuan diadakan.

Jamuan Makan
Tetamu menjamu selera
Wargakerja menjamu selera

No comments:

Post a Comment