Friday, May 31, 2013

Mesyuarat di Langkawi

Kawasan Majlis Perbandaran Langkawi, Bandaraya Pelancongan merupakan Kawasan ke 2 terakhir Mesyuarat Agung diadakan dari 89 Kawasan diseluroh Negara pada 31-05-2013 hari Jumaat jam 11.00 pagi, bertempat di Dewan Mesyuarat, Tingkat 3, Wisma Majlis Perbandaran Langkawi, Kuah, Langkawi Kedah.

Ku Jamaluddin memberi ucapan

Walau pun hari ini merupakan hari Jumaat sambutan dari ahli-ahli menghadiri mesyuarat ini dari 154 orang kesemunya yang hadir 131 orang amat membanggakan kerana mereka mengambil sikap bertanggung jawab keatas Koperasi yang mereka menggangotainya.

En. Azih bin Muda berucap
Sebahagian yang hadir

En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad memberi ucapan serta merasmikanya, turut hadir En. Ramli bin Kalil, Bendahari dan En. Pissal bin Abu, Penolong Setiausha, Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad juga En. Ku Jamaluddin bin Ku Abd. Razak merangkap Pengerusi Kawasan Langkawi.

Pemberian Cederamata
Bergambar bersama Pengerusi Koperasi

Mesyuarat yang berjalan selama 30 minit termasok ucapan pengerusi dalam suasana mesra dan tertib, diakhir mesyuarat semua yang hadir dibayar elaun hadir mesyuarat RM 30.00 setiap seorang.

En. Pissal Abu sedang memberi elaun kepada ahli
Ahli-ahli beratur mengambil elaun

Kawasan Langkawi juga mempunyai Pejabatnya sendiri khusus untuk ANULAE (Kesatuan) dan KOSPETA (Koperasi) yang disatukan terletak bersebelahan Bangunan Wisma Majlis Perbandaran Langkawi yang dianugerahkan oleh Tuan Yang DiPertua kepada kedua-dua pertubuhan ini untuk mempastikan kedua-dua pertubuhan ini dapat bergerak serta menjaga kebajikan pekerja.

Bergambar di Luar Pejabat ANULAE/KOSPETA

No comments:

Post a Comment