Sunday, October 20, 2013

Panduan Ke Danok

Kebelakangan ini saya sering menerima pangilan dari kawan-kawan serta orang ramai di merata tempat bertanyakan bagaimana perjalanan hendak ke Danok dan Hatyai dari Alor Setar.

Shahab Perdana

Disini saya turunkan beberapa tip harap ianya dapat memberi petunjuk dan panduan kepada tuan puan, kepada yang membaca blog saya ini harap dapat menjadikan panduan ini untuk  memudahkan perjalan tuan puan ke destinasi yang hendak di tuju dengan lebih selamat.

Bas Tempatan

Tuan/Puan yang datang ke Alor Setar dengan menaiki Bas Express dari mana-mana arah sekiranya sampai di Alor Setar Bas express tersebut akan berhenti di Station Bas Shahab Perdana. Sekiranya tuan/puan sampai diwaktu pagi distesyen ini juga disediakan surau dan tandas awam atau nak lebih selesa disekeliling Stesyen Bas ini ada Horel murah untuk mandi manda dan solat subuh.

Bas Tempatan

Jam 7.00 pagi Bas-bas tempatan mula beroperasi termasok Bas yang hendak menuju ke Bukit Kayu Hitam jarak jauhnya dari Alor Setar ke Bukit Kayu Hitam sejauh 45 KM. Bas ini dalam perjalanannya melalui jalan lama akan singgah di Changlun jaraknya lebih kurang 35 KM dari Alor Setar.

Stesyen Bas Changlun

Disini banyak teksi-teksi menunggu orang ramai yang hendak menuju perjalanan mereka ke Bukit Kayu Hitam dengan cepat dan teksi-teksi ini juga boleh menghantar tuan/puan terus masuk ke sempadan Thailand dalam Pekan Danok.

Dari Bebas Cukai

Sekiranya tuan/puan merasa lapar usah bimbang disini banyak kedai-kedai makan islam dan mudah untuk nak menjamu selera. Di Thailand khususnya di Danok iaitu disempadan pintu masok banyak jenis makanan Islam samada gerai tepi jalan atau kedai makan menyediakan makanan halal.

Sempadan Thailand
Pekan Danok
Salah 1 Restoran Makanan Islam
Masakan Malaysia dan Thailand
Pelbagai Jenis Ulam

Untuk meneruskan perjalanan ke Hatyai tuan/puan perlu berjalan kehadapan lebih kurang 100 meter dari pintu sempadan, disitu ada disediakan Van yang lengkap berhawa dingin boleh dimuatkan seramai 12 orang dalam 1 perjalanan yang memakan masa selama 1 jam atau 45 minit sejauh 45 KM dari pintu sempada ke Hatyai.

Van Ke Hatyai bersebelahan Money Changer

Harganya berpatutan dengan kedar RM 6.00 seorang, Van ini akan berhenti di stesyen khas didalam Pekan Hatyai yang terletak tidak jauh dengan Gedung membeli belah terbesar bersekali dengan Pasar Ikan, inilah tempat tumpuan orang ramai. Hotel President hanya lebih kurang 100 meter dari tempat tersebut sekiranya tuan/puan nak bermalam hanya RM 70.00 sahaja.

Hatyai Central Market
Presiden Hotel

Suka saya menasihatkan tuan/puan sebelum berangkat ke Hatyai terlebih dahulu tukarkan wang Malaysia di Money Changer kat Danok harganya dapat tinggi juga jika hendak dibandingkan pertukaran di Hatyai. Jika boleh elak mengunakan wang malaysia kerana tuan/puan akan kerugian.

Hatyai Central Market

Saya berharap dengan tip yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan membantu tuan/puan yang berhasrat hendak ke Thailand khususnya Hatyai dan Danok. Selamat Melancong.

No comments:

Post a Comment