Friday, October 11, 2013

Sumbangan Beras

Mesyuarat J/Kuasa kali ke 2 yang diadakan baru-baru ini telah bersetuju menganjurkan Program Sumbangan Beras oleh Ketua Cawangan pada 11/10/2013 hari Jumaat jam 3.00 petang bertempat di Dewan Orang Ramai, Rumah Pangsa Tonagkang Yerd 2, Jalan Bunga Raya, Alor Setar, Kedah.

Rumah Pangsa Tongkang Yard 2
Dewan Orang Ramai

En. Mohd Saad bin Mohd Ariff Ketua UMNO Cawangan Rumah Pangsa Tongkang Yard 2 (CRPTY2) yang baru telah bermurah hati dengan niat membuat Amal Jariah berbentuk sumbangan Beras kepada semua Penghuni-Penghuni Rumah Pangsa tersebut.

Beras, Susu dan Gula
En. Pissal Abu sedang memberi ucapan
En. Mohd. Saad bin Mohd Ariff memberi ucapan

Program dimulakan pada jam 3.30 petang dengan dihadiri oleh seramai 150 orang, En. Pissal bin Abu merangkap Setiausaha CRPTY2 memulakan ucapan pembukaan dengan  menerangkan sebahagian program Cawangan yang sudah disusun atur untuk tempoh sepanjang tahun dan dituruti dengan ucapan En. Mohd.Saad bin Mohd. Ariff Ketua CRPTY2.

Sebahagian tetamu yang hadir
Penyampaian Beras
Penyampaian Beras
Sumbangan beras

Majlis berakhir pada jam 5.30 petang sebaik sahaja selesai sumbangan beras, susu dan gula kepada semua penghuni serta jamuam makan petang.

Sebahagian dari orang ramai

No comments:

Post a Comment