Tuesday, October 1, 2013

Pemindahan Sangkar Ikan

Jawatankuasa Agro Tani dan IKS Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah memutuskan didalam mesyuarat yang lalu semua Jawatankuasa diminta turun ke Sangkar Ikan bagi tujuan gotong royong dan membersihkan sangkar pada 28/09 hingga 1/10/2013 bertempat di Tebing Kota Klasik, Sungai Kuala Kangsar, Perak.

Mesyuarat J/kuasa Agro Tani dan IKS

Disebelah petang pada 28/09/2013 telah diadakan perbincangan antara Jawatankuasa Aagro Tani dan IKS dengan Pegawai Jabatan Perikanan Negeri Perak yang menerima jemputan dari Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad untuk perjumpaan tersebut.

Perbincangan dengan Pegawai Perikanan
Tapak Asal

Keesokan hari pada 29/09/2013 kerja-kerja pemindahan sangkar ikan bermula dari pagi hingga ke petang. Tapak sangkar ikan yang lama sebahagianya di pindah ke tapak bersebelahan kerana ditapak yang asal tidak lagi sesuai disebabkan airnya terlalu cetek meneyebabkan ikan tidak aktif.

Sebahagian yang dipindahkan
Sebahagian yang dipindahkan ke tapak baru

Kerja-kerja pemindahan amat sukar kerana melawan arus namum begitu dengan semangat yang ada dikalangan Jawatankuasa maka ianya boleh diatasi walau pun arusnya deras akhirnya pemindahan sangkar berjaya di pindahkan.

Pemindahan sangkar
Kerja-kerja pemindahan
Menarik sangkar ketengah
Kerja-kerja mencantum sangkar
Video Pemindahan Sangkar

Pada 30/09/2013 kerja-kerja memasang jaring bermula di beberapa sangkar oleh Jawatankuasa ini dengan bantuan seorang pekerja tetap di sangkar tersebut. Sebanyak 6 sangkar daripada 18 sangkar yang dipindahkan telah selesai dipasang jaringnya.

Jaring Ikan
Periksa Jaring
Pasang Jaring
Selesai memasang jaring
Video Pemasangan Jaring
Berehat ditepi tebing
Berbincang di tepi tebing

Pada 1/10/2013 jadual asal melepas anak-anak ikan ke sangkar tak dapat diteruskan kerana pembekal ikan memaklumkan ikan-ikan tak sempat dihantar kerana ada masaalah teknikal. Dihari yang sama pihak pembekal makanan ikan telah menghantar makanan ikan (pilot) sebanyak 50 Kampit TP 1 dan 100 Kampit TP 2 kesemuanya disimpan dibawah khemah sementara berdekatan dengan tempat sangkar ikan.

Khemah penyimpanan makanan ikan
Khemah sementara

No comments:

Post a Comment