Saturday, November 30, 2013

Gotong Royong Masak Ashura

Biro Agama dan Dakwah UMNO Cawangan Rumah Pangsa Tongkang Yard 2 hari ini 30/11/2013 Sabtu telah berjaya memasak Bubur Ashura bertempat di Dewan Orang Ramai, Rumah Pangsa Tongkang Yard 2, Jalan Bunga Raya, Alor Setar, Kedah.

Menyemak barang-barang yang dibeli
Diantara kaum Ibu yang hadir

Petang 29/11/2013 Jumaat jam 5.00 petang bertempat di Tadika Kemas bersebelahan Dewan Orang Ramai dikumpul kesemua barang-barang yang di beli termasok derma dan sumbangan dari orang ramai berbentuk wang tunai dan barangan.

Sedang menyediakan bahan-bahan masakan

Program ini diadakan sempena menyambut Maal Hijrah 1435, seramai 62 orang ahli-ahli UMNO lelaki dan perempuan terdiri dari orang-orang dewasa dan muda bersama-sama menyertai gotong royong memasak bubur ashura yang bermula dari jam 8.30 pagi berakhir jam 3.30 petang.

YBhg. Dato' Abdullah Hasnan sedang mengayuh

Hidangan Lauk
Makan Tengahari
Makan Tengahari

Sebanyak 160 bungkus siap dibungkus dan diagih-agihkan kepada semua Penghuni-penghuni Islam yang tinggal diRumah Pangsa Tongkang Yard 2. Majlis bertambah serinya dengan kehadiran YBhg. Dato' Abdullah Hasnan bin Hj. Kamaruddin Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah serta Timbalannya En. Zainol Alam turut hadir.


Majlis berakhir pada jam 4.30 petang setelah kerja-kerja pengagihan dan pembersihan selesai didewan tersebut.

No comments:

Post a Comment