Saturday, September 20, 2014

Majlis Tahlil dan Yassin

Kumpulan kaum ibu Rumah Pangsa Tongkang Yard 2 setiap minggu mereka mengadakan program Tahlil dan Bacaan Yasin di Surau. Pada 20/09/2014 mereka telah mengadakan Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin sempena Kenduri Perkahwinan anak ahli UMNO Cawangan di dewan Orang Ramai, Tongkang Yard 2, Jalan Bunga Raya. Alor Setar. Kedah.

Meja Pengantin
Kumpulan Kaum Ibu

Kenduri itu dikendalikan dan dibantu oleh Ketua dan Jawatankuasa UMNO Cawangan dari awal hingga ke akhir, manakala persiapan tempat telah diadakan awal sehari pada 19/09/2014, manakala jamuan telah diserahkan kepada Katering,

Menyusun Lauk
Meja Utama

Cuaca pada hari tersebut alhamdulilah cerah dan tiada hujan. ramai jemputan mula datang tepat jam 12.30 tengahari. Manakala Pasangan Pengantin tiba di situ pada jam 2.00 petang disambut oleh ahli keluarganya.

Menjamu selera
Orang ramai mula menjamu selera

Tepat pada jam 5 petang semua pekerja mula menyusun kerusi meja, membasuh pinggan serta membersihkan Dewan tersebut. Majlis hari tersebut semuanya berjalan dengan lancar.

Membasuh pinggan
Berehat

No comments:

Post a Comment