Friday, September 26, 2014

Pertandingan Gubahan & Lipatan

UMNO bersasma JKKK Cawangan Rumah Pangsa Tongkang Yard 2, telah berjaya mengadakan Pertandingan Gubahan Bunga (Bahan Terbuang) dan Lipatan Kain pada 26/10/2014 Hari Jumaat Jam 2.30 petang berakhir jam 5.00 petang, bertempat di Dewan Orang Ramai, Rumah Pangsa Tongkang Yard 2, Jalan Bunga Raya, Alor Setar, Kedah.

Susun Atur Meja Pertandingan
Hadiah hadiah
Pengerusi Majlis (Setiausaha)

Pertandingan yang julung-julung kali yang diadakan mendapat sambutan yang mengalakan oleh Penghuni-penghuni di Rumah Pangsa, Pertandingan ini terbuka hanya untuk Penghuni-penghuni Rumah Pangsa sahaja tiada kira apa pun fahaman politik.

Ketua Cawangan sedang berucap
Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah
Cederahati
Sebahagian dari penonton

Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah Puan Hasnita bte Md.Isa hadir bagi mewakili YBhg, Dato' Hj. Abdulah Hasnan bin Kamaruddin Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah telah memberi ucapan dan merasmikannya.

Peserta Gubahan Bunga
Pertandingan bermula
Gubahan Bunga
Gubahan bunga
Video Gubahan Bunga
Peserta Lipatan Kain
Lipatan kain
Lipatan kain
Video Lipatan

Hadiah-hadiah yang disediakan setiap ketegori merupakan barang-barang electrik dari tempat pertama hingga ke lima, manakala peserta-peserta yang mengambil bahagian seramai 38 orang peserta mendapat saguhati penyertaan. Sebarang yuran penyertaan tidak dikenakan.

Pengadil
Pengadil sedang memberi markah
Kedua-dua ketegori

Diakhir program diadakan cabutan nombor bertuah kepada semua yang hadir walaupun tidak masuk bertanding, sebanyak 80 hadiah cabutan disediakan dan disediakan pula jamuan makan petang untuk semua yang hadir.

Tempat Pertama Lipatan
Tempat Kedua

Tempat Pertama Gubahan bunga
Tempat Kedua
Jamuan makan petang
Pengadil

No comments:

Post a Comment