Thursday, April 25, 2013

Mesyuarat Agong Kawasan Muar

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Kawasan Majlis Perbandaran Muar telah diadakan pada hari ini Khamis 25/04/2013 jam 3.30 petang bertempat diPejabat Majlis Perbandaran Muar, Bandar Maharani Bandar DiRaja, Johor Darul Takzim.

Pejabat Majlis Perbandaran Muar
Urusetia Pendaftaran

Kawasan ini mempunyai keanggotaan seramai 320 orang dan yang hadir dimesyuarat pada hari ini seramai 280 orang di Pengerusikan oleh En. Ramli bin Kalil merangkap Bendahari Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Wakil Lembaga yang hadir En. Pissal bin Abu Penolong Setiausaha.

Ucapan Pengerusi Kawasan
Sebahagian dari yang hadir
Anggota sedang menerima elaun mesyuarat

Sempena adanya mesyuarat hari ini Syarikat KVK Multimedia sebagai agen kepada Koperasi  turut mengadakan promosi jualan barang-barang electrik dan handfon kepada anggota-anggota Koperasi di Majlis Perbandaran Muar.

Anggota-anggota sedang memilih handfon
En. Ramli sedang menyerah TV kepada ahlinya
En. Pissal Abu menyerah Handfon kepada ahli Koop

No comments:

Post a Comment