Sunday, May 15, 2011

Ceramah 3R di PPSPPA

Pengarah Perbadanan Pengerusan Sisa Pepajal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Negeri Kedah Puan Fadzilah bte Hasan, menjemput environment IDAMAN Sdn Bhd  menyampaikan ceramah kepada sebahagian stafnya di Pejabat PPSPPA pada 15 Mei 2011 di-Tingkat 12, Menara MBAS Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar Kedah.


Ceramah disampaikan oleh En. Pissal Abu pada jam 10.30 pagi dibilik mesyuarat tingkat 12 dibangunan tersebut. Seramai 10 orang staf termasok Puan Fadzliah sendiri turut menghadirinya.

En. Pissal sedang menyampaikan ceramah
Pn. Fadzilah bersama stafnya

Selesai ceramah diberikan Puan Fadzilah Hasan selaku Pengarah PPSPPA berbincang bagi persedian yang rapi dan penambahbaikan dalam slide untuk dibentang kepada Guru-guru Sekolah di Peringkat Kota Setar yang dicadangkan pada 19 Mei 2011.



environment IDAMAN Sdn Bhd juga akan dijemput hadir bersama diperjumpaan itu nanti serta dapat memberi penjelasan sekiranya ada perkara-perkara yang kurang jelas. Perjumpaan hari ini berakhir pada jam 12.00 tengahari.


No comments:

Post a Comment