Saturday, May 28, 2011

Mesyuarat Koperasi KOSPETA MBAS

Mesyuarat Agong Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar telah dijalan serentak dengan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan ANULAE Semenanjung Malaysia Cawangan Kedah Utara pada 28 Mei 2011 hari Sabtu jam 9.00 pagi di Pekarangan Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar, Jalan Kolam Air. Alor Setar, Kedah.

Kain Rentang
Pejabat MBAS
Pendaftaran Peserta
En. Azih bin Muda Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia merangkap Timbalan Presiden Cueapac dan Ahli Lembaga Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah merasmikan kedua-dua mesyuarat tersebut. Pegawai Kanan Anulae yang turut hadir En Adnan bin Mat selaku Timbalan Presiden ANULAE merangkap Pengerusi Mjlis Bersama Kebangsaan Sain & Teknilogi dan Ahli Lembaga Kopersi KOSPETA Malaysia Berhad.

En. Aziz bin Muda Preseiden ANULAE Sem. Malaysia
merangkap Timbalan Presiden Cueapac

Seramai 295 orang Ahli Koperasi menghadiri mesyuarat tersebut En. Ahmad Letfi Saad Pengerusi Anulae Cawangan dan juga Pengerusi Koperasi KOSPETA Kawasan mendahului Ucapan dan diIkuti ucapan dari En Pissal bin Abu sebagai mantan Setiausaha Agong Anulae Kedah Utara dan Naib Presiedn 1 Anulae Semenanjung Malaysia.

En. Ahmad Lefti Saad Pengerusi Kedah Utara

En. Pissal Abu Mantan Naib Presiden 1 ANULAE
merangkap Ahli Lembaga Koperasi

En. Pissal Abu didalam ucapanya mengucapkan tahniah pada Anulae Cawangan yang berjaya mengadakan mesyuarat agong serentak pada pagi ini dan beliau menyarankan supaya perbanyakan keahlian didalam Kesatuan Sekerja untuk membela dan memperjuangkan nasib pekerja.

Mesyuarat sedang dijalankan
Perwakilan Wanita
Sebahagian dari Perwakilan
Ku Jamaluddin dari Kawasan Langkawi menerima
Cek Dermasiswa ANULAE
En. Azih Muda Menerima Cederamata

Mesyuarat berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 12.00 tengahari, semua yang hadir mendapat elaun kehadirin mesyuarat RM 30.00 setiap seorang manakala ANULAE Kdah Utara membayar RM 20.00 juga setiap seorang. Purata pada hari itu Perwakilan mendapat RM 50.00 setiap seorang.

En. Aziz bin Muda sedang membayar elaun kepada
Perwakilan

Syarikat KVK Multimedia Pembekal dan Penjual alat-alat electrik, Handfhone dan sebagainya juga tidak ketinggalan bersama-sama mengadakan pameran terbuka disamping berkempen penambahan keahlian Koperasi serta menjual barang-barang tersebut secara pemotongan gaji.

En. Kalai tuan punya pameran barangan bergambar
bersama En. Azih dan En. Pissal
Anggota sedang melihat barang-barang jualan
Menghantar barang-barang yang sudah dibeli




No comments:

Post a Comment