Monday, May 30, 2011

Kitar Semula Di Perlis

Tarikh yang dipilih oleh pihak Pengerusan di Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan setelah mendapat persetujuan dari environment IDAMAN Sdn Bhd telah diadakan pada hari ini 30 Mei 2011 Hari Isnin jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Kawasan Lapang tempat letak kereta didalam kawasan Jabatan Persekutuan, Kangar, Perlis.

Kaunter Jualan dibuka
En. Pissal Abu sedang mencatit sesuatu

Sebaik sahaja pada jam 9.00 pagi kaunter dibuka buat pertama kalinya Pekerja-pekerja Cleaner disitu membawa keluar dengan banyaknya barang-barang untuk dikitar dan mendahului lain-lain jabatan dan orang persaorangan.

Syarikat Cleaner
Jabatan MKN

Kali ini banyak barang-barang yang dibawa dengan kereta sendiri dari rumah kakitangan khusus untuk dikitar semula termasok Van-van Jabatan. Sambutan hari ini amat mengalakan serta meningkat dari bulan yang sudah.


Penjualan hari ini sebanyak RM 233.07 melebihi dari bulan lepas sebanyak RM 170.61 hasil tersebut diserahkan oleh En. Pissal Abu kepada Wakil Pihak Pengerusan Bangunan Kerajaan Persekutuan untuk diagih-agihkan kepada mereka-mereka yang terlibat didalam kitar semula.

En. Pissal sedang mengira dengan diperhatikan oleh
Pegawai PPSPPA & Wakil Pengerusan
Penyerahan wang dari En Pissal kepada Wakil Pihak Pengerusan
Jabatan Kerajaan Perseketuan disaksikan oleh Pegawai PPSPPA Perlis

Setelah environment IDAMAN berbincang dengan wakil Pihak Pengerusan serta mendapat persetujuan dari Pegawai PPSPPA Negeri Perlis maka tarikh yang akan datang jatuh pada hari Khamis minggu ke 3 setiap bulan.

No comments:

Post a Comment