Tuesday, August 16, 2011

Berbuka Puasa Bersama Keluarga Di Danok

Setiap tahun saya bersama keluarga mengadakan majlis berbuka puasa di Danok, hari ini 16 August 2011 hari Selasa saya bersama isteri dan seorang anak sampai ke Danok jam 6.35 petang bertolak dari Alor Setar jam 6.00 petang perjalanan selama 35 minit.  





Kami terus menuju ke Masjid untuk menyertai program berbuka puasa bersama anak-anak kariah disitu, mula-mula kami sampai hanya ada beberapa orang sahaja begitu juga dibahagian muslimah hanya isteri saya seorang sahaja, jam 7.15 barulah ramai berkumpul dan saya dijemput oleh lmam dan Bilal masjid sama-sama masuk ke dewan yang terletak dibersebelahan masjid untuk berbuka puasa.




Alhamdulilah sebaik sahaja azan bermula kami mulai berbuka dengan hidanganya yang disediakan iaitu Air Nyior + Sirap, Kurma, Pulut Sekaya, Lepat dan Murtabak untuk 3 orang satu hidang. Isteri saya turut dapat menu yang sama walau pun beliau hanya seorang sahaja. Selepas solat maghrib baru tetamu dihidangkan dengan jamuan nasi berlauk didalam talam.



Saya bersama isteri dan anak sebaik sahaja selesai solat kami terus menuju ke kedai makan yang popular dengan Daging Bakar terletak ditepi jalan, sampainya kami didapati orang terlalu ramai sehingga tiada tempat duduk namum begitu tuan punya kedai jemput saya duduk disatu sudut dekat dengan tempat masak kerana saya salah seorang pelanggan tetapnya disitu.


Seperti biasalah isteri saya order Daging Bakar, Tomyam Seafood Putih, Sup Ekor, Kerabu Kaki Ayam dan Telur Dadar semuanya untuk 2 orang makan, saya tanyakan isteri saya hai boleh habis ka tadi baru saja kita berbuka puasa dimasjid, kata isteri saya apa susahnya tak habis kita bungkus saja dan bawa balik untuk makan sahur.  


Alhamdullilah terlalu sedap makan tak habis maka saya minta tuan kedai bungkuskan untuk dibawa balik, kami berehat sebentar dan selepas itu saya bawa isteri saya membeli beras pulut, kuah tomyam dan 1 kotak bunga api.  Sudah selesai acara terakhir seperti yang saya janjikan pada isteri kami terus ke kedai menjual Ketam Rebus (Steam) mulanya nak makan disitu melihat jam ditangan sudah pun pukul 10.00 malam anak pula mulai mengantuk saya minta tuan kedai bungkuskan saja dan kami terus balik.

Setelah selesai semuanya proses chop pasport antara dikedua-dua belah sampailah ditempat pemeriksaan Kastam dihadapan kereta saya ada 2 buah kereta mengunakan nombor plat siam, ketika itu kereta perlahan-lahan memasuki lorong untuk menuju ketempat pemeriksaan, apa yang mengkecewakan saya salah seorang Pegawai Kastam yang bertugas melepaskan 2 buah kereta yang mengunakan plat siam TANPA PEMERIKSSAN.

Apabila sampai giliran saya disuruh saya buka bonet kereta dan diperiksa soalanya encik ada beli mercun ka? saya kata ada hanya bunga api lalu beliau merungut katanya bunga api pun tak boleh lantas saya kata ini untuk anak saya dia kata tak boleh, saya terus meninggikan suara saya bertanya pada pegawai tersebut kenapa TUAN tak periksa 2 buah kereta plat siam didepan saya tadi mungkin mereka bawa banyak mercun masuk ke Malaysia dari saya, katanya pemeriksaan kerja kami, lalu saya kata inikah sikap pegawai kastam yang menjalankan tugas untuk NEGARA. Memandangkan kereta banyak salah seorang dari pegawai kastam datang meleraikan pertengkaran kami lalu dia minta saya bersabar dan benarkan saya meneruskan perjalanan.

Selesainya sekatan dari UPP saya meneruskan perjalan balik ke Alor Setar dengan diiringi perasaan kecewa diatas sikap Pegawai Kastam yang berkenaan kerana tidak AMANAH dalam menjalankan tugas.

No comments:

Post a Comment