Monday, August 8, 2011

Program 3R Di Sek. Kbg. Titi Gajah

Puan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Titi Gajah telah mengadakan Program 3R dan Kitar semula kepada semua Pelajar-pelajarnya dari darjah 1 hingga 6 pada 08 August 2011 ( Isnin ) jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. 

Sekolah Kebangsaan Titi Gajah
En. Pissal Abu sedang memberi ceramah
Pelajar-Pelajar

Program dimulakan pada jam 7.45 pagi dengan terlebih dahulu semua pelajar membaca Al Quran dan selepas itu taklimat ringkas oleh pengerusi majlis dan seterusnya dijemput En. Pissal Abu Officer environment IDAMAN Sdn Bhd menyampaikan ceramah mengenai program kitar semula serta alam sekitar.

En. Pissal sedang bertanya soalan
Hadiah berjaya menjawab soalan

Hadir bersama di majlis tersebut selain Puan Guru Besar, dan Guru-guru iaitu Cik Nor Fadzilah, Pn. Malisa, En. Mohd, Hisyar dan En.Budin dari PPSPPA sebagai pemamtauwan dan 3 orang pembantu dari environment IDAMAN Sdn Bhd.

Puan Guru Besar, Cik Gu Kamarul dan Wakil PPSPPA

Sebaik sahaja selesai ceramah program kitar semula Cik Gu Kamaruddin sebagai pegawai penyelaras program tersebut telah mengarahkan semua pelajar-pelajar membawa turun dan menyusun barang-barang tersebut mengikut kelas masing-masing.



Asingkan Botol dengan Tin
Pn. Malisa sedang menimbang
En. Pissal sedang mencatit
Akhirnya selesai sudah kerja-kerja menimbang, hasil yang di perolihi buat kali pertama Kertas sebanyak 787,8 kg, Botol Plastik 80 kg, Alumaniam 12.5 kg, Tin Susu 173 kg dan besi 104 kg jumlah pendapatan keselurohan sebanyak RM 519.05. 

Tandatangan menerima wang
Hasil Jualan

1 comment:

  1. teringat bila kali pertama terlibat dengan 3R... appapun program ini masih diteruskan sehingga kini..... terimakasih mr pissal : Cikgu Kamarul

    ReplyDelete