Friday, August 12, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Kredit & Pinjaman

Dari KL International saya bersama En. Azih Muda menuju ke Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang terletak di Pasar Borong Selayang dengan menaiki kereta En. Shamshuddin salah seorang ALK.



Mesyuarat pinjaman hari ini 12 August 2011 (Jumaat) bermula pada jam 10.00 pagi di Pengerusikan oleh En. Azih Muda, Mesyuarat telah meluluskan permohonan pinjaman seramai 81 orang termasok pinjaman perayaan sebanyak 1.5 juta.

Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
Suasana mesyuarat

Selesainya mesyuarat pada jam 5.00 petang disambung pula majlis berbuka puasa di Restoran Pak Tam bersama kakitangan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, seramai 20 orang kakitangan yang hadir dimajlis tersebut.

Restoran Pak Tam
Staff sedang berbuka puasa

Selepas jamuan berbuka puasa diadakan majlis ringkas penyerahan BONUS setengah bulan kepada kakitangan Koperasi bagi kegunaan menyambut Hari Raya Aidilfitri oleh En. Azih Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

En. Khairul Pengurus Koperasi KOSPETA 


No comments:

Post a Comment