Wednesday, August 24, 2011

Malaysia Book Of Record

Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Kedah telah mengadakan Taklimat mengenai Malaysia Book Of Record khusus untuk Pengumpulan Kertas dan Pelbagai Jenis Bahan Kitar Semula dalam masa 8 jam pada 24 August 2011 hari Rabu jam 9.00 pagi bertempat di Pejabat PPSPPA Tingkat 13 Menara MBAS, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, Kedah.


Program bersama dengan Kementerian Pendidikan diadakan khas untuk Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah. Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Puan Fadzillah bte Hassan, Pengarah Perbandanan Pengerusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), turut hadir Pengetua-Pengetua dan Guru-Guru Besar Sekolah-Sekolah di Negeri Kedah.

Pn. Fadzillah Hassan sedang mempengerusikan majlis
En. Pissal Abu dari environment IDAMAN Sdn Bhd
Sebahagian yang hadir
Pengetua dan Guru Besar

Environment IDAMAN Sdn Bhd sebagai vendor juga dijemput bersama menghadiri mesyuarat ini serta turut memberi penerangan mengenai program kitar semula yang sedang berjalan dalam masa terkini. environment IDAMAN diwakili oleh En. Pissal Abu bersama dengan rakannya En. Mohd. Pais dan En. Hambali.

En. Mohd Pais dan En. Hambali

Tarikh yang dicadangkan untuk Program Malaysia Book Of Record bagi sekolah-sekolah akan diadakan pada 22 Oktober 2011 hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi diSeluroh Semenanjung Malaysia.

Staff PPSPPA

No comments:

Post a Comment