Wednesday, August 24, 2011

Majlis Berbuka Puasa

Majlis Bandaraya Alor Setar mengadakan majlis berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim disekitar Bandaraya Alor Setar termasok anak-anak bekas pekerja pada 24 August 2011 hari Rabu, jam 7.00 malam bertempat di Dewan Besar, MBAS Tingkat 7 Menara Majlis Bandaraya Alor Setar, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, Kedah.



Program ini diada bersama dengan environment IDAMAN Sdn Bhd dan Maggi, diantara tetamu yang hadir selain dari YBhg. Dato' Noh bin Ahmad Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar, En. Mohd. Fisol Setiausaha Majlis, Penolong Setiausaha, En. Mhd. Saiful Anuar bin Zainal, Ketua Pegawai Eksekutif, environment IDAMAN Sdn Bhd dan Pengurus Syarikat Maggi juga termasik Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan dan Mediamasa.

Video Penyampaian Duit Raya

Sebelum majlis berbuka puasa diadakan majlis penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim dari Datuk Bandar dan En. Mhd. Saiful Anuar bin Zainal kepada kanak-kanak tersebut., seramai 120 orang anak-anak yatim yang hadir.

Gambar Keselurohan

Selepas berbuka puasa disambung pula dengan sembahyang maghrib berjemaah di dalam dewan tersebut bersebelahan dengan tempat jamuan. 

No comments:

Post a Comment