Tuesday, September 18, 2012

Taklimat dan Kempen Keahlian

ANULAE Cawangan Majlis Bandaraya Ipoh hari ini 18/09/2012 jam 2.00 petang telah mengadakan Taklimat Isu-isu semasa mengenai Perkhidmatan Awam kepada ahli-ahlinya termasok keselurohan Kakitangan dan Pekerja Majlis, di Bilik Gerakan Tingkat 2, Majlis Bandaraya Ipoh, Perak.

Bangunan MBI
Sepandok

Taklimat Isu-Isu Semasa disampaikan oleh En. Azih bin Muda Timbalan Presiden Cueapac merangkap Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia, Turut hadir En. Adnan bin Mat Timbalan Presiden, En.Ramli Kalil Setiasuaha Agung dan En. Ku Jamaluddin bin Ku Abd. Razak Bendahari   serta Jawatankuasa Kerja ANULAE SemenanjungMalaysia.

En. Azih Muda, En. Ramli Kalil dan En. Azhar

Sambutan dari ahli-ahli cukup mengalakan tahniah diberikan kepada En. Azhar Pengerusi ANULAE Cawangan Majlis Bandaraya Ipoh serta Setiausahanya dan barisan Jawatankuasanya. Taklimat selama 2 jam tidak menjemukan mereka malah sorak gelak ketawa mereka membuatkan majlis tersebut berjaya dan tiada seorang pun berganjak dari tempat duduk masing-masing.

Barisan J/Kuasa Kerja
Sebahagian dari orang ramai

ANULAE Semenanjung Malaysia bersama Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad berganding bahu dalam apa jua aktiviti yang hendak diadakan khususnya Seminar, Kursus dan Kempen menambah keahlian supaya ianya dapat berjalan seiring dalam satu matlamat.

Takimat sedang diberikan

Juga dimana jua program yang diadakan turut bersama Syarikat KVK Multimedia yang menjual alat-alat electrik, hand fhone dan pelbagai barangan didalam setiap kempen yang diadakan. 

Gambar Taklimat
Promosi Barangan



No comments:

Post a Comment