Tuesday, September 18, 2012

Lawatan Ke Sangkar Ikan

Selepas pulang dari Tg. Balai malam itu jam 9.00 malam saya bersama kawan bertolak ke Kuala Kangsar untuk membuat pemantauan ke esokan hari pada 18/09/2012. Kami bermalam di Sheley Koperasi KOSPETA ditebing sungai tersebut.

Pengerusi bersama Setiausaha
Pen. Setiausaha

En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad turut hadir pagi tersebut dan turut membuat pemamtauan di kedua-dua sangkar. Setiausaha Koperasi Tuan Haji Mohd. Faizi selaku tuan rumah telah menyediakan sarapan pagi untuk kami semua.

En. Azih sedang memberi ikan makan
Video Memberi Ikan Makan
Gambar Pemantauan Ikan

Hasil dari pemantauan yang dibuat setelah berlakunya hujan ribut serta air pasang yang diluar jangkaan membuatkan banyak Ikan-ikan terlepas keluar dari sangkar setelah beberapa jaring terkoyak, hari ini air sungai surut membawa kepada kerosakan tong-tong pelampong serta besi sangkar menjadi bengkok.

Perbincangan
Gambar Pemamtauan

No comments:

Post a Comment